Viral Kedai Dibakar, Mangsa Parah DITETAK Di Felda Lui. Ini Cerita SEBENAR Yang Ramai TAK TAHU !!!

| February 1, 2017 | 0 Comments

Viral Kedai Dibakar, Mangsa Parah DITETAK Di Felda Lui. Ini Cerita SEBENAR Yang Ramai TAK TAHU !!! | LUI TIMUR – Gara-gara enggan membayar RM15,000 selepas didakwa mencederakan adik orang yang disyaki (OYDS), seorang lelaki cedera parah di kepala dalam satu kejadian di Felda Lui Timur, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, selain lelaki berkenaan, turut mengalami kecederaan adalah sepupunya yang luka di bahu, leher dan kepala setelah dilibas menggunakan parang.

“Insiden berlaku sekitar jam 6 petang, apabila bapa mangsa dimaklumkan kedai runcitnya disamun sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam.

“Walau bagaimanapun apabila bapanya tiba di lokasi, anaknya dilihat berlumuran darah akibat ditetak menggunakan parang. Anak buahnya cedera dibeberapa bahagian badan dan kepala.

“Sementara itu, isteri dan pekerjanya selamat namun tidak dapat mengecam kumpulan lelaki itu kerana keadaan kelam-kabut dan panik.

“Suspek dipercayai bertindak memecah jeriji yang berkunci, kemudian memotong kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan,” katanya selepas mengesahkan laporan semalam.

Noorzainy berkata, kesemua suspek melarikan diri sebelum bapa mangsa sempat sampai, disyaki menggunakan enam kenderaan pelbagai jenis.

“Anak mangsa bagaimana pun masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan berada dalam keadaan stabil. Manakala anak saudaranya juga stabil selain dibenarkan keluar dari hospital.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian dipercayai berlaku disebabkan oleh adik OYDS dipukul mangsa di Kemayan, Pahang pada Sabtu lalu.

“Namun tiada laporan polis dibuat susulan abang OYDS meminta perkara itu diselesaikan dengan cara pembayaran sebanyak RM15,000, tetapi bapa mangsa enggan. Rentetan itu OYDS bersama rakannya bertindak menyerang kedai bapa mangsa,” katanya.

Noorzainy berkata, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Manakala polis menahan lapan individu dipercayai terlibat dalam kejadian ini pada hari kejadian kira-kira jam 9 malam, susulan masing-masing tidak sempat keluar dari Felda Lui Timur,” katanya. Sumber:-Sinarharian

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *