Selesai Padam Kebakaran Bomba TERKEJUT Melihat Apa Yang Kucing Ini Lakukan Hingga Buat Mereka SAYU !!!

| February 8, 2017 | 0 Comments

Selesai Padam Kebakaran Bomba TERKEJUT Melihat Apa Yang Kucing Ini Lakukan Hingga Buat Mereka SAYU !!! | Mungkin cerita ini sudah lama, sudah lapuk tetapi kisah sang kucing ini boleh kita jadikan teladan sampai bila-bila. Kisah ini terjadi sekitar tahun 1996 di mana seekor ibu kucing beranak lima yang bernama Scarlett ini telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam satu insiden kebakaran besar. Ibu kucing ini dengan gigihnya berusaha untuk mengeluarkan lima anak-anaknya sekaligus menyelamatkan mereka daripada rentung ditempat tinggalnya.

Sememangnya, Scarlett merupakan seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang, sanggup menggadai nyawanya serta menghadapi pelbagai kemungkinan demi anak-anaknya.

Sebenarnya, Scarlett tinggal di dalam sebuah garaj di Brooklyn bersama-sama lima anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, ahli keluarga tuannya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, pasukan anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus.

Keadaannya yang hangus dan melecur teruk di mana telinganya terbakar, kaki dan tangan juga melecur. Mujur juga matanya masih terpelihara tidak buta ketika kejadian malang itu.

Setelah berjaya menyelamatkan anak-anaknya, kucing ini menyusun kesemua anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya yang derita kepanasan dek api yang membakar. Dengan keadaan matanya yang melecur teruk dan telah melekat dengan hidungnya akhirnya Scarlett rebah dan pengsan selepas berjaya menyelamatkan anak-anaknya itu.

Seterusnya, ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk menerima rawatan rapi. Scarlett juga dimasukkan ke dalam bekas oksigen untuk memastikan ianya mampu bertahan untuk hidup. Akhirnya, kucing itu kembali sihat dan yang tinggal hanyalah parut di muka dan badannya. Scarlett diambil semula oleh tuannya, Karen Wellen.

Kini, Scarlett telah tiada lagi kerana telah mati pada 11 Oktober 2008 kerana mengidap penyakit dalaman dalam peliharaan tuannya di Brooklyn. Namun, Scarlett telah dianugerahkan dengan pingat serta sijil atas keberaniannya itu.

Sesungguhnya, kucing ini adalah antara contoh terbaik untuk kita ambil sebagai teladan terbaik biarpun ianya hanyalah seekor haiwan. Scarlett mungkin satu antara seribu kucing yang begitu berani dan sarat dengan kasih sayang.

Sumber:- Kelab Pencinta Kucing Malaysia

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *