[VIDEO] Aksi NGERI ‘Bintang Ekstrem’ YouTube Yang Bakal Buat Peminat Aksi Ekstrem INSAF !!!

| January 3, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Aksi NGERI ‘Bintang Ekstrem’ YouTube Yang Bakal Buat Peminat Aksi Ekstrem INSAF !!! | KEGILAAN melakukan aksi ekstrem tanpa pengawasan profesional sebenarnya untuk apa? Bangga memperoleh ribuan ‘LIKE’ di akaun media sosial? Bangga dipuji melambung? Mahu membuktikan diri sebagai wakil dalam kelompok generasi terhebat?

Ya, setiap perkara ekstrem memang ada ganjarannya jika berjaya dilaksanakan. Kepuasan itu memang tidak dapat ditandingi perasaan seronok yang lain. Namun, ia juga hadir bersama risiko yang pelbagai, lazimnya kecederaan mahupun lebih teruk, membawa maut.

Jika itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan, dan siapa pula yang menanggung beban derita, kemerosotan kesihatan dan kecelaruan emosi serta psikologi?

Baru baru ini seorang ‘bintang ekstrem’ YouTube yang sering melakukan aksi terjun ke dalam kolam renang dari aras tinggi sudah menerima padahnya.

Lelaki berkenaan yang menggunakan nama 8Booth dalam akaun YouTube itu merancang untuk melompat ke dalam sebuah kolam renang dari aras bumbung bangunan tiga tingkat. Malangnya aksi lagak ngeri itu tidak menjadi apabila kakinya mendarat dahulu di tebing konkrit, sebelum tersungkur ke dalam air.

Aksi gagal 8Booth terakam dalam video berikut. Video ini mengandungi adegan yang mengejutkan:

Dalam rakaman yang dimuat naik ke akaunnya pada 1 Januari 2017, lelaki berkenaan dilihat terkapai-kapai cuba berenang ke pinggir kolam sebelum mengesot naik dan merangkak kerana pergelangan kaki dan tapak kakinya mengalami keretakan tulang dan luka besar.

Keadaan ‘bintang ekstrem YouTube’ 8Booth di hospital, selepas kegagalan aksi di California. – Foto sumber YouTube

Tidak dapat dipastikan bagaimana dia akhirnya terpaksa meminta bantuan untuk keluar dari kawasan kolam renang tersebut. Kesilapan kecil ternyata membawa ‘penderitaan’ yang besar buatnya yang kini tidak boleh berjalan kerana masih menerima rawatan di hospital. Kejadian dipercayai berlaku di Hotel Pacific Edge di California, Amerika Syarikat.

Jadi kepada anda yang masih mahu melakukan aksi ekstrem tanpa pengawasan profesional, masih tidak fahamkah erti ‘tanggung risiko sendiri’?

Mungkin apabila sudah berlaku sesuatu kecelakaan, barulah menyedari bahawa jumlah ‘LIKE’ di Instagram, Facebook atau YouTube tidak memberi apa-apa makna dalam hidup… apatah lagi untuk membayar bil hospital.

Sumber:-AstroAwani

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *