Wanita Australia DAKWA Temui Barang Penumpang MH370 Di Pantai Madagascar Yang Buat Ramai TERPANA !!!

| December 19, 2016 | 0 Comments

Wanita Australia DAKWA Temui Barang Penumpang MH370 Di Pantai Madagascar Yang Buat Ramai TERPANA !!! | PERTH: Kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi antara barangan yang ditemukan oleh seorang wanita di Australia yang mendakwa kesemua barangan peribadi itu merupakan milik mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.

KEEN menunjukkan selipar yang ditemukan di kawasan pantai Madagascar yang didakwa dipakai oleh seorang penumpang wanita MH370 (kiri) ketika berada di KLIA pada 8 Mac 2014.

Wanita terbabit, Sheryl Keen yang tinggal di Perth, bekerjasama dengan penyiasat amatur, Blaine Gibson untuk mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.

Antara barangan penting yang ditemukan adalah selipar berwarna perang yang dipercayai dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian.

Menurut Keen, dia percaya selipar itu merupakan milik wanita terbabit yang dinamakan sebagai “Cinderella” dan kesemua barangan yang ditemukannya datang daripada pesawat MH370.

“Kami mendapati barangan peribadi yang ditemui di sepanjang kawasan pantai Madagascar mempunyai kesan yang sama iaitu sudah lusuh dan rosak.

“Malah pakar kaji laut memaklumkan bahawa kemungkinan besar barangan penumpang dan krew pesawat MH370 akan terdampar di kawasan pantai tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Keen yang merupakan pengerusi Kumpulan Sokongan Kemalangan Udara Australia (ACSGA), berkata, pihaknya akan menyerahkan kesemua barangan tersebut kepada Polis Persekutuan Australia untuk tindakan lanjut.

Dia menubuhkan kumpulan itu selepas kematian suaminya dalam nahas pesawat pada 2009 dan berharap dalam membantu lebih ramai keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi sama.

Bagaimanapun Keen mengakui bahawa Australia hanya terlibat sebagai sebahagian kecil dalam misi pencarian pesawat itu, sekali gus mungkin terlepas petunjuk penting.

“Kami dalam proses rundingan dengan pihak polis untuk menyerahkan barangan tersebut tetapi pihak berkuasa Malaysia bertanggungjawab dalam mengendalikan penemuan barangan peribadi.

“Australia hanya terlibat dalam pencarian di dasar laut dan saya tidak pasti mahu berhubung dengan pihak mana untuk menyerahkan barang ini,” katanya.

Sumber berita: mStar Online

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *