Setelah Ramai Beratur Tukar Kad Bank Sebab Takut Di Caj, Ini Jawapan Bank Negara Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

| December 19, 2016 | 0 Comments

Setelah Ramai Beratur Tukar Kad Bank Sebab Takut Di Caj, Ini Jawapan Bank Negara Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook BNM menegaskan, orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.

“Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

“Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, pihak bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad yang sedia ada untuk transaksi pembelian.

Orang ramai boleh melayari lawab www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1300-88-5456 untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, orang ramai mula menyerbu bank untuk menukar kad ATM masing-masing kerana bimbang kad ATM yang lama tidak dapat digunakan dan akan dikenakan caj selepas saut mesej amaran mengenainya tersebar di media sosial. – KOSMO

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *