Inilah Sindiran PEDAS Dato Siti Kepada Jamal Gara-Gara Berdemo Yang Buat Ramai TERPANA !!!

| December 22, 2016 | 0 Comments

Inilah Sindiran PEDAS Dato Siti Kepada Jamal Gara-Gara Berdemo Yang Buat Ramai TERPANA !!! | KUALA LUMPUR – Penyanyi no 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membidas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana membuat demo di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pagi tadi.

Menyifatkan Jamal sebagai tidak faham bahasa, Siti menerusi Instagramnya menulis kapsyen yang di ‘repost’ daripada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman supaya masyarakat tidak meniru apa yang dilakukan oleh Jamal.

“Jangan jadi macam Jamal ye…,”katanya bersama beberapa hashtag #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #repost @yasinsulaiman.

Kapsyen yang mendapat 5,954 dan 429 komen itu turut menerima reaksi yang bersetuju dengan pandangan Siti.

Terdahulu, Jamal membuat demonstrasi di hadapan pintu masuk (SUK) dalam keadaan bertuala untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor, pagi tadi.

Beliau turut membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di Selangor.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah,”katanya.

Beliau tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK. Sumber:- SuaraTV

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Politik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *