Kakak MENGAMUK Bila Mak Ayah Tak Bagi Keluar Dating Sampai Suatu Hari SESUATU Terjadi Kepada KAK !!!

| November 22, 2016 | 0 Comments

Kakak MENGAMUK Bila Mak Ayah Tak Bagi Keluar Dating Sampai Suatu Hari SESUATU Terjadi Kepada KAK !!! | Pagi ni rajin pula jari aku ni nak menaip. Harap dapat jadikan pengajaran. Ni kisah akak aku. Aku ni anak bongsu, atas aku ramai la adik beradik dah besar.

cpl

Akak aku ni dah kahwin belasan tahun juga. Dari sebelum kahwin lagi dia dah start buat perangai. Dia jenis memberontak kalau ibu ayah aku tak bagi dia keluar. Mungkin kau orang sekarang rasa biasa lah kalau dapat keluar dating dengan pakwe merempit bagai. Tapi family kita orang jaga lah juga taknak orang kampung pandang serong anak dara naik moto dengan jantan. *Sorry lah kalau rasa kasar, orang nogori* Ada satu hari tu, akak aku ni nak keluar, ibu ayah aku halang, dia mengamok tumbuk pintu, and nak tumbuk ayah aku. Mujur dia cepat sedar. Tapi tertumbuk akak aku yang lain.

Kan aku cakap hidup umpama roda kan, nak dijadikan cerita, anak dia sekarang kulur kilir bawa anak dara orang walaupon penganggur asyik minta duit je kat mak dia. Tak dapat duit karang, semua pintu rumah tu dia tumbuk. Ayah dia sendiri tak hormat, boleh tengking dan tumbuk. Akak aku tak boleh cakap apa, minta maaf kat ibu aku. Sebab masa kejadian dia mengamok sebelum dia kahwin tu, ibu aku terlepas cakap ‘nanti kau kahwin kau rasa lah tak bahagia laki dengan anak kau buat kau’. Sebab ibu aku dah tak tahan marahkan lelaki tuh dengan akak aku tula.

Masa akak aku ni kahwin, nasib baik dia kahwin juga dengan lelaki yang dok usung dia sini sana tuh. Rupanya laki dia kaki perempuan, tak terkejut pon. Sepanjang perkahwinan dia, dia makan hati je dengan lelaki dia. Ada lah berbelas kali curang. Lelaki dia pula alim alim kucing lepas kahwin, so kalau tengok muka pon percaya dia buat perangai.

Sampai lah setahun yang lepas. Akak aku diceraikan juga atas sebab dah ada perempuan lain dalam hati laki dia. Rupanya doa mak aku termakbul. So korang lagi tahu apa pengajaran dia. Tak usah lah dok kulur kilir dengan lelaki yang tak sah lagi. Lepas kahwin tak semanis semua tuh dah. Dan jangan sesekali menyakiti hati mak kau orang. Sekali dia terasa, terdekit kat hati dia pon tak bahagia hidup kau orang. Doa ibu ni makbul. Sekian. Kredit:-IIUMC

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *