Inilah Identiti SEBENAR “Bahalol” Yang Buat Ramai TERKEJUT BESAR !!!

| November 8, 2016 | 0 Comments

Inilah Identiti SEBENAR “Bahalol” Yang Buat Ramai TERKEJUT BESAR !!! | Dalam Bahasa Melayu, bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. Tahukah anda siapakah BAHLOL itu yang sebenarnya? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.

baha

Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan-perbuatan yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ini.

Mari kita ikuti kisah Bahlol :

KISAH 1:

Ketika zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yang sangat dahsyat. Kira berganda-ganda lah panas dari kita yang tinggal di Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulama, solat beramai-ramai, tetapi tak ada hujan yang turun pun. Pening habis khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.

“Hah, habis ulama dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?”

“Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil”

“Siapa?”

“Bahlol!”

“Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!”

Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang-sorang ni.

Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak “Ya Allah, turunkan lah hujan”. Tak ada solat apa pun. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

KISAH 2:

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar-Rashid berjalan-jalan dengan isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol sedang buat rumah dari tanah liat.

Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlol?”

“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”

“Nak beli boleh?”

“Baiklah, saya jual dgn 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kepada Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.

“Haa.. baliklah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah.”

Gelak-gelak Harun masa tu. Dia berkata kepada isterinya, “Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tetapi dihalang oleh malaikat.

“Eh kenapa halang-halang ni? Ni rumah isteriku!”

Malaikat menjawab, “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia, bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni.”

“Boleh!” jawab Bahlol.

“Berapa harga?” tanya Harun Ar-Rashid.

“10,000 dinar!”

“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”

“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat’!”

Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?

Gambar makam Mohamad Al Bahloul di Syiria:-

14961454_1291616417555912_335081719_n

15032463_1291616454222575_1876430255_n

Lawatan Ke makamnya:-

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *