Kawan Aku ni Arak, Dadah Dia Telan. 3 Bulan Sebelum Dia ‘PERGI’ Berlaku SESUATU Yang Buat Aku TERKEJUT !!!

| October 11, 2016 | 0 Comments

Kawan Aku ni Arak, Dadah Dia Telan. 3 Bulan Sebelum Dia ‘PERGI’ Berlaku SESUATU Yang Buat Aku TERKEJUT !!! | Salam semua. Aku tak ada nak confess apa2 pun. Sekadar nak cerita pasal arwah kawan aku. Nama dia Amirah. Aku dgn dia memang jauh beza lifestyle. Langit dengan bumi. Amirah ni dadah, rokok, clubbing, pukul orang, ugut orang, ko bagi la kat dia. Aku ni pulak dibesarkan dalam family yg kuat agama. Kami kenal start darjah lima. Sampai tingkatan 3 kami satu sekolah. Memang dia lah bff aku walau berlainan gila. Taktau la kenapa, tp aku rasa dia jujur. Dia tak ckp kasar, biasa je. Dia tak berlagak kuat walaupun aku pernah tgk sendiri dia pukul budak laki sampai lembik.

dada

Masa umur aku 21, aku dpt offer kerja yg best. And aku tinggal menyewa dgn amirah. Setiap hari amirah minum arak. Smoking. Bukan pall mall kotak biru, dia smoke betul punya surya aceh tu. Perokok tegar. Solat tak pernah. Malam jumaat je start bersiap nk pegi clubbing. Aku mula rasa tak best. Maybe sbb dulu aku budak lg, jd tak rasa nak menegur. Bila dah besar tp dia masih macam tu, aku rasa sedih gila. Lama aku dgn amirah jd housemate. Sampai umur 25.

Beberapa bulan sebelum dia meninggal, dia ada ckp kat aku, “Wei, jangan jd mcm aku. Kau, semayang jgn tinggal. Dadah arak rokok semua ni, haram. Kau jgn tayang aurat. Kau jgn buat semua ni”, sambil2 tu tangan dia tgh tunjuk serbuk yg dia tgh sedut..dia gulung duit seringgit nak sedut masuk hidung.

Masa tu, 1st time air mata aku menitik nitik mmg tak berenti utk Amirah. Aku tak tersedu sedu tp air mata aku tak berenti. Aku tau amirah dah high…fly entah jadi unicorn ke apa.. masa tu aku pegang tangan dia, aku kata “sudah lah. Ko kerja hebat. Ko educated. Ko jgn buat dah benda ni. Tlg stop semua ni once and for all.”

Amirah sengih, pegang pipi aku, dia kata “4 tahun serumah doh. 15 tahun kita kenal. Knp skrg baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye….hahahhahahaha…..” Lepas tu dia tidur. Lama. Esok tu dia tak pergi keje. Aku tgk dia still tidur dekat meja dapur.

Sepanjang aku kerja hari tu, aku betul2 tak tenang. Aku serabut sgt, rasa hati ni dikoyak2. Aku terkesan sgt dgn apa amirah cakap. Betul, lama gila aku kawan dgn dia. Tp aku tak pernah tegur kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat. Aku tak pernah halang masa dia amik high heels kat rak kasut utk pergi clubbing. Aku terapkan sikap jgn campur hal org. Tanpa aku sedar sbnrnya aku dah jd kawan yg teruk. Aku nak masuk syurga sorang.

Balik tu, amirah tengah makan megi. Dia nampak bersih dari hari2 biasa. Maksud aku, dia sanggul rambut, pakai tshirt besar and sweatpants. Tak mcm selalu, boxer singlet rambut serabai. Dia ajak aku makan. Dia betul2 biasa. Takde bangkitkan hal semalam. Time tu aku tekad, dia nak kata aku ustazah pun, kata lah. Janji aku nk dia stop semua yg dulu sbb aku syg dia.

Aku ajak dia solat. Of course lah dia gelak je. Aku sorok lighter dia. Dia gelak lagi, and pegi cucuh rokok guna api dapur gas. Aku sengaja bukak channel tanyalah ustaz kuat2, dia sengih masuk bilik pastu pasang lagu cradle of filth dia. Aku tak putus asa. Aku buat hari2.

Tiga hari sebelum amirah meninggal, dia jenguk kepala kat bilik aku. Masa tu aku tengah main sudoku. Dia ajak mandi pool kat bawah. Aku cakap malas sbb dah mandi. Pastu dia kata “jom solat”. Aku buat2 biasa dan jawab aku dah isyak. Dia ajak jugak solat la apa2 pun.

Aku cakap “boleh, jom tido dulu. Nanti aku kejut, kita tahajjud”. Dia cakap ok. Malam tu, kitorang bebetul tahajjud. Bilik asing tapi pintu bukak. Bilik aku bertentangan pintu dgn amirah sbb dia kata depan Allah dia nak sorang2 tp dia taktau solat. So dia ikut je apa aku buat dari sebelah. Last sujud, bapak lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk, aku tidur dah. Aku tunggu dekat sejam kot. Dia tak angkat2 kepala.

Esok aku bangun, amirah dah keluar. Aku pelik jugak sbb hari ahad. Takkan dia kerja. Aku keluar nak buang sampah, terjumpa dia tengah keluar lif, bawak breakfast. Lps tu kitorg makan, amirah tanya aku, dia baik tak. Aku cakap boleh lah drpd tak ada. Everything seems normal.. sembang biasa.. amirah tak solat, still smoke and minum beer petang tu. Aku tak tau kenapa aku tahan lg bila dia tak smyg, rokok..mksud aku, aku tahan utk tak marah. Tp bila dia amik beer, aku rasa menggelegak hati. Aku amik beer and baling kat peti ais. Suara aku memang tinggi. Aku sakit hati sgt. Aku mengamuk petang tu. Aku jerkah amirah puas2. Tapi satu ayat dia yg buat aku stop and masuk bilik.

“Lambat sangat kalau ko nk concern mcm ni, babe. Aku tak kuat sorang2.”

Esoknya amirah tak keluar bilik. Aku pergi kerja macam biasa. Tepat 7 pm aku sampai rumah. Amirah atas sofa, dengan muka yg sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja penuh dgn ’barang masak’ dia. Aku memang lembik lutut. Air mata aku tak keluar tapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa utk aku sedar amirah betul2 dah tak ada. Aku jerit. Aku nangis. Aku rasa bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati, kehilangan. Aku call ambulans, and after semua procedure setel (story ni akn jd lg pnjg kalau aku cerita proses hospital, polis, kebumi arwah), aku duduk tepi bilik amirah dgn empty soul.

Hari ni aku last kat rumah ni. Aku dah berenti kerja. Aku nak balik stay dgn fmly. Aku perlu masa nk hadam apa yg jadi. Memandangkn saving aku byk, aku decide utk tinggalkn semuanya kt sini.

Sepanjang aku drive nk balik kmpg, aku berulang2 kali flashback ayat amirah.

“Lambat sangat kalau ko nak concern macam ni, babe. Aku tak kuat sorang2.”

Korang, kalau syg kwn, jgn jd mcm aku. Dan jgn perkecilkan mslh kawan. Jgn jugak lari dr kwn yg nmpk teruk. Diorg perlukan kita. Diorg betul2 nk kita ada. Chiow. Kredit:-IIUMC

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *