Masih Ingat Lagi Pelajar Yang Pernah VIRAL Ini ??? Apa Yang Ditanggungnya Sekarang Buat Ramai TERKEJUT !!!

| September 21, 2016 | 0 Comments

Masih Ingat Lagi Pelajar Yang Pernah VIRAL Ini ??? Apa Yang Ditanggungnya Sekarang Buat Ramai TERKEJUT !!! | KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pelajar yang mendakwa “terkoyak tisu leher” akibat ditampar guru terpaksa berpindah sekolah setelah tidak tahan diperli segelintir guru dan pelajar.

tam

Namun, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, tidak risau perpindahan sekolah itu, sejak dua minggu lalu,  boleh menjejaskan prestasinya dalam ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

“Saya sudah pindah ke sekolah baru dua minggu lepas. Kini saya belajar di Pengkalan Chepa sebab tidak tahan disebabkan kena perli dengan pelajar dan segelintir guru,” katanya kepada ProjekMMO.

Nursyahida dilaporkan mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumahnya tahun lalu sehingga terlantar di hospital hampir dua bulan.

Kecederaan di lehernya bertambah serius apabila tisu di bahagian leher rosak akibat kesan tamparan guru di sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan dalam kejadian 19 Julai lalu.

Doktor hospital di Kota Baru mengesahkan tisu di bahagian leher remaja ini, yang telah tercantum akibat jatuh dalam tandas, terkoyak semula kesan ditampar.

Susulan itu, Nursyahida disarankan memakai penyokong leher, kurang bergerak atau melakukan aktiviti lasak.

Melalui mesej WhatsApp hujung minggu lepas, Nursyahida mengakui beliau berasa lebih gembira belajar di sekolah baru, kira-kira 70 kilometer dari sekolah lama.

“Selepas berpindah ke sekolah baru, saya rasa lebih gembira belajar di sini kerana situasinya berbeza dengan sekolah lama.

“Sekarang saya sudah ada kawan baru dan saya tidak risau ujian PT3 terjejas sebab pindah sekolah. Malah saya sasar paling kurang 6A,” katanya. Ujian bertulis PT3 bakal bermula dari 11 hingga 13 Oktober ini.

Nursyahida sebelum ini menafikan mencantikkan kening seperti didakwa oleh guru terbabit sehingga dikenakan tindakan disiplin, termasuk kena tampar. Kredit:-themalaymailonline

 

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *