Inilah Luahan Hati Seorang Isteri Yang Kecewa Dengan Perubahan Sikap Suami. Bakal Buat Air Mata MENGALIR !!!

| September 20, 2016 | 0 Comments

Inilah Luahan Hati Seorang Isteri Yang Kecewa Dengan Perubahan Sikap Suami. Bakal Buat Air Mata MENGALIR !!! | Assalamualaikum….Saya seorang isteri yang bekerja sebagai pembantu tadbir gred 17 di sebuah organisasi kerajaan, tidak mempunyai pendidikan tinggi dan sekadar berkelulusan SPM. Telah berkahwin 11 tahun yang lalu dengan seorang bekas tutor di sebuah IPTA dan sekarang ini sejak 5 tahun lalu beliau telah bergelar seorang Pensyarah Tetap di IPTA yang sama. Mempunyai 3 anak-anak perempuan yang kecil dan bersekolah rendah.

sur

Kehidupan kami bahagia walaupun ada pasang surutnya. Apa tah lagi setelah suami dimurahkan rezeki untuk menjadi pensyarah, menyara keluarga menanggung anak isteri sebaik mungkin. Maklumlah gaji saya apa sahaja..Tetapi keadaan mula berubah setelah tahun ketiga beliau menjadi pensyarah.. satu demi satu dia berubah dan semakin berubah. Tiada lagi yang manis manis untuk saya.. ada sahaja yang tidak kena dan mula baran hatta dengan anak-anak.

Usah dicakap, bergaya dan berjenama. Hebatlah kalau nak dibandingkan dengan pakaian buruk lusuh saya dan anak anak. Dari seorang yang rendah diri, dia mula menjadi orang yang riak, sombong, bongkak seolah olah isterinya ini tidak tahu tentang etika dan protokol. Tegurannya tak ubah seperti tuan yang sedang mengajar pembantu rumah. tinggal lagi dia belum pernah menggunakan kaki untuk menunjuk sesuatu.

kalau dulu, ke mall kami berjalan beriringan kini dia tidak mahu lagi. mungkin malu, dia mengajar untuk berjalan begini dan begini. kalau dahulu, kami sekeluarga happy untuk makan bersama walaupun cuma di warung catuk sebab dia orang yang akan pastikan menu kami serupa!! Dan tak ada beda. selalunya dia tahu apa yang anak suka dan isteri suka. tapi kini, dia cuma memesan untuk dia dan biarkan anak isteri terpinga pinga. tiada lagi pertanyaan sayang nak makan apa..

Sekarang kerap kali saya akan termalu dengan pelayan restoran sebab suami selalu tarik muka dan perlakukan saya seperti maid di hadapan pelayan restoran. saya juga sudah melihat cara dia respons sms hatta whatsapp. dulu lain, sekarang dah lain. dulu di setiap hari dia punya masa untuk bersenda gurau tapi bukan sekarang. Boleh dihitung kira kerana sebelum ini setiap hari ada bingkisan sms atau whatsapp abang sayang sayang okay..

Dia sudah mula sedikit demi sedikit memuji rakan sekerja pensyarah perempuan di rumah. diperlecehkan pakaian isteri yang sememangnya seorang yang tak suka menghias wajah dan berfesyen. Dahulu dia tidak kisah isteri tidak bersiap untuk ke pasar. Tapi satu hari di hujung minggu dia sudah pandai bersuara..”Nak bersiap pun mesti suruh???” Kalau dulu dia akan berkata “Tak perlu siap, macam tu pun dah cantik kat mata abang” Sehinggalah selepas 11 tahun dia yang dulunya seringkali memgatakan masakkan isteri sedap belaka, tidak ada yang manis masin hatta tak sedap. tiba tiba bersuara “masin sangat ni…tak reti masak!! masin bedengung!!” Satu hari dia demam dan bubur yang saya sering masak seperti biasa beberapa tahun lalu, diherdik “apa bubur ni…tak kembang, keras, tak lembut”

Dan apabila dia terlalu teruja mendapat perhatian pensyarah perempuan di tempat kerjanya sehingga dia lalai dan berlaku lebih kurang terhadap saya. tiada lagi masa berdua-duaan, dahulu selepas putri putri kami tidur itulah masa kami memonton tv bersama, bersembang dan bergurau sehingga saya terlena di pangkuannya..sekarang jarang sekali, kalau terjadi pun dia dengan handphone dan saya terkeras kaku di sofa..menghadap tv umpama tv yang tidak terpasang.sunyi dan mati.

Semakin serious, segala arahan yang dahulunya manja dan sedap bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan hati dan membuat saya terhina sepanjang masa.tiada lagi perkataan “sayang esok abang nak pakai baju orange tu”, yang ada kini bila aku menyoal abang nak pakai baju apa, jawabnya “baju biru.” Aku bertanya lagi..biru yang mana satu kan ada banyak, dia jawab dengan penuh bengis “tak faham kah, biru!!!!!!!!”
Dulu, dia sangat prihatin. dia selalu cakap “abang akan bagi sayang iron baju yang mudah, kain tak kedut, sayang tak teruk” kalau ad yang tak sempurna dia akan iron dan betulkan sendiri. tapi hinggalah suatu hari…bila bajunya yang saya iron ada sedikit kedut,dengan bengis dia berkata “tak reti iron baju?????!!!!!”

Dulu, dia tak pandai panggil saya dengan panggilan yang memyakitkan hati, walaupun saya tidak selangsing dan secantik pensyarah perempuan yang berpangkat dan berjawatan besar. hingga satu hari selepas saya pulang dari salon kerana membuat treatment luruskan rambut,dia panggil saya “hey gemok!!!”

Dulu, kalau anak terjatuh atau terkena apa-apa dia hanya tersenyum dan cakap “kesian la anak ayah tuuu” tapi sekarang tidak lagi. pada satu hari saya kluar dari pasar basah sambil tangan kiri kanan penuh plastik ikan sayur bagai.. Saya tidak perasan jari kecil anak saya semasa saya mbuka pintu dan tersepit. hanya kerana kecuaian kecil saya dia mengherdik dan maki saya di hadapan anak. “next time tengok !!! Jangan kerana awak anak kita mati!”

Hati saya terguris, terluka, terhina. Saya tahu perempuan perempuan yang dia jumpa dan kenal hebat. graduate universiti kerja besar..tidak macam saya cuma kuli, kalau tidak dia tak akan berkata “kenapa lah awak ni tak pandai jaga duit. Tak macam ibu rumah lain” sedangkan bertahun tahun kami susah senang bersama. luluh hati saya sebab saya tidak pegang wang gaji dia, saya juga tidak pernah terima nafkah sewajarnya. tetapi saya masih di sini menjadi isteri yang setia. menemani dia untuk waktu sakit dan susah. tapi dia tidak permah ada untuk saya. kalau ada pun hadirnya hanya untuk menghina.

Dulu dia akan cuba membelikan hadiah hari jadi saya, walaupun cuma sepotong kek. tapi tidak lagi kini tiada juga ucapan seperti tahun sebelum ini.dah tiada penghargaan jauh sekali ingatan. segalanya makin pudar ditelan waktu. saya bukan lagi perempuan yang dia puja bangga dan sayang. Saya ibarat pembantu rumah dan penjaga anak anaknya.

Saya kecewa. kerana dulu dia lah lelaki paling jujur dan mulia pernah saya kenal…yang tidak riak dengan pangkat dan kedudukan, yang tidak lali dengan perhatian duniawi… Allahuakhbar, selamatkan lah suami ku…” Kredit:- KRT

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *