Seminggu Sebelum Perkahwinan Rombongan Lelaki Masih Tak Datang. Call Tak Dapat. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!

| August 31, 2016 | 0 Comments

Seminggu Sebelum Perkahwinan Rombongan Lelaki Masih Tak Datang. Call Tak Dapat. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!! | Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya.

perkah

“Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sdh diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinanti2kan oleh keluarga saya, malam berinai,yang cukup2 membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti2 sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul, Ya Allah swt lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai d jari kaki n tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap druang tamu rumah dgn lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.

Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik n makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya…dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya. Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga n adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa n malu..tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak n ayah saya cepat2 batalkan majlis sanding yang sepatutnya d buat ddewan yang telah d tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya tersangat2 tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.

Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh saya seolah2 saya yang bersalah😢. Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat2 yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini.

Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam2 alasan yang dia beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah n mak enggan n mereka yakin pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini…

3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang perempuan, memaki,menghina n mencaci saya dengan kata2 kesat,saya pelik hairan bin tekejut,kenapa saya kena maki hamun tiba2, saya dengan tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupa2nya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya merampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak n nangis pun ada😂, bukan apa dia tuduh saya rampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua n mempunyai anak seorang berusia 1 bulan .

Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe bole jadi gila sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti2 gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai n persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin, tak cukup dari tu semua bukti2 resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yang baik untuk suami dia tapi “Oh Tak Mungkin” cukup dengan apa yang bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup2 memalukan saya….

Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatpapps saya,tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yang terpampang d surat khabar, walaupun masih marah tapi…….” Kredit:-KRT

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *