Pensyarah DEDAH Kesan BURUK Jika Butang “Augmented Reality” Dalam Pokemon Go Tidak Di MATIKAN !!!

| August 14, 2016 | 0 Comments

Pensyarah DEDAH Kesan BURUK Jika Butang “Augmented Reality” Dalam Pokemon Go Tidak Di MATIKAN !!! | BARU-BARU ini kita kecoh mengenai apa yang disebut sebagai pengenyahan Palestin daripada peta Google. Kita yang secara sejadinya bersikap solidariti terhadap rakyat Palestin, tampil beremosi mengecam tindakan itu.

pok

Kita percaya ini agenda pro Zionis. Google – sama seperti kebanyakan syarikat Amerika yang lain – kita katakan adalah konglomerat yang dikuasai atau setidak-tidaknya simpatisan Zionis.

Kita melontarkan pandangan menerusi media sosial, menggunakan teknologi yang disediakan oleh mereka yang kita kecam.

Apabila Google tampil menjelaskan bahawa nama Palestin tidak pernah wujud pun dalam petanya, lalu bagaimana nama itu boleh dinyahkan, kita tersipu-sipu malu.

Baru tersedar bahawa kita telah tersilap tebak, menuduh tanpa usul periksa malah tidak faham pun apa yang sebenar kita kecohkan. Kerana malu dan rasa bersalah, kita diam, langsung tidak berani hendak bersuara lagi kerana bimbang pisang berbuah dua kali.

Kata Google, nama wilayah atau negara yang dipaparkan dalam petanya adalah mengikut pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Oleh kerana Palestin pada masa ini hanya berstatus pemerhati, belum disahkan sebagai anggota PBB  yang bermakna ia juga bukanlah sebuah negara, maka nama Palestin tidaklah dipaparkan dalam peta Google.

Sensitif

Dari satu segi, kenyataan ini seperti boleh diterima, ada kemunasabahannya. Namun dalam tidak sedar, kita sebenarnya telah terperangkap dalam permainan minda.

Persoalannya, bagaimana Taiwan dan Kosovo yang juga bukan anggota PBB sebaliknya boleh ada dalam peta Google sedangkan Palestin yang asalnya adalah sebuah negara, tidak dipaparkan. Ini satu polisi yang dwistandard.

Lagi, bagaimana Gaza dan Tebing Barat, dua wilayah Palestin juga dinyahkan serentak. Alasan diberi; disebabkan pepijat. Kebetulannya, pepijat itu ‘pandai’ pula mengenyahkan dua wilayah Palestin dan pada masa yang sama ‘memberikan’ kawasan itu kepada Israel.

Ia seakan suatu cubaan untuk membentuk kefahaman dalam pemikiran masyarakat dunia seolah-olah The Greater Israel ataupun Eretz Israel sudah benar-benar wujud pada masa ini. Namun disebabkan telah melakukan kesilapan awalnya, kita terima penjelasan Google tanpa curiga.

Apakah kita yakin isu hilangnya nama Gaza dan Tebing Barat hanya bersebab pepijat, semata-mata teknikal dan bukan konspirasi terancang mereka yang pro Zionis?

Ledakan ICT sejak sedekad kebelakangan memperlihatkan kemunculan pelbagai bentuk aplikasi media sosial sama ada atas nama permainan, juga gaya hidup yang membuatkan warga dunia tenggelam dalam keasyikan.

Asyiknya mereka pada permainan dan gaya hidup baharu ini bukan sahaja membuat mereka terleka malahan juga tanpa segan dan risau sanggup menempelak sesiapa sahaja yang menasihat dan menegur untuk menyedarkan mereka.

Golongan ulama dikecam kerana dianggap telah mengacau ganggu keseronokan yang sedang mereka lalui.

Bagi mereka, itu hanya sekadar permainan dan tidak ada apa-apa yang harus dicurigakan.

Benarkah begitu?

‘Kehilangan’ nama Gaza dan Tebing Barat dalam peta Google sekali gus ‘memberi’ keseluruhan wilayah Palestin kepada Israel menyerlahkan sikap sebenar gergasi perisian komputer itu sebagai pro Zionis. Justeru, apakah dalam hal-hal yang lain, mereka tidak boleh dicurigakan?

Bukan Google sahaja, banyak lagi syarikat dalam aliran ICT yang sedang merasuk warga dunia, berada dalam kategori ini. Ini kerana begitu banyak aplikasi yang diperkenalkan bukan sahaja merekod dan menyimpan data peribadi – sesuatu yang sangat sensitif sebenarnya – malahan juga memasuki ruang privasi seseorang secara bebas dan meluas.

Ini termasuk permainan realiti maya, Pokemon Go yang sedang jadi fenomena di seluruh dunia.

Tinggalkan cerita mengenai kelalaian, tinggalkan ‘ajaran songsang’ untuk orang tidak kisah bersikap biadab mencerca dan memfitnah ulama secara terbuka, tinggalkan cerita mengenai bahaya-bahaya fizikal yang berlaku kemalangan dan sebagainya, juga mengenai manipulasi oleh golongan penjenayah menggunakan alasan bermain Pokemon Go ketika menceroboh kawasan orang, apa yang harus diakui Pokemon Go sebenarnya adalah aplikasi yang boleh menggugat keselamatan seseorang individu ataupun masyarakat seluruhnya.

Pensyarah dalam bidang keselamatan di sebuah universiti swasta, Nadzir Nazuwan berkata, permainan itu boleh membawa kepada keadaan yang tidak selamat apabila maklumat peribadi seperti lokasi dan gambar mereka yang bermain Pokemon Go boleh diakses secara mudah oleh syarikat yang menyediakan aplikasi itu.

Menurutnya, apa yang paling membahayakan apabila pengatur permainan itu mampu mengakses kamera pemain setiap kali Pokemon Go dimainkan, lebih-lebih lagi apabila butang Augmented Reality (AR) tidak dimatikan.

”Sepanjang kita menggunakan kamera untuk tangkap Pokemon, server permainan itu juga boleh akses dan lihat menerusi kamera kita. Aplikasi ini juga bahaya kerana menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS),” katanya.

Walaupun aplikasi lain seperti Waze juga menggunakan GPS, kata Nadzir, tahap capaiannya tidak sama.

“Memang benar, Waze gunakan GPS tetapi itu hanya ketika memandu di jalan raya atau kawasan terbuka. Pokemon Go sebaliknya boleh pergi ke mana-mana saja, termasuk di dalam bilik tidur kita.”

Menurutnya lagi, Pokemon Go boleh sampai ke tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh Google Earth selama ini dan kini, kombinasi kedua-duanya boleh membentuk peta Google Earth yang lengkap.

“Keadaan akan jadi lebih tidak selamat kerana apabila Google Earth dan Pokemon Go digabung,  semua tempat mereka boleh nampak,” katanya.

Memanglah. Kalau mahu dilihat bagaimana satu demi satu aplikasi ini  daripada GPS, Google Earth dan kini Pokemon Go diperkenalkan, ia mendedahkan lokasi-lokasi seinci demi seinci hingga kini di dalam rumah kita. Ini merupakan suatu langkah yang amat strategik dalam percaturan keselamatan.

Paranoia

Ini belum lagi dikira dalam hal bagaimana Apple dan Android memperkenalkan sistem cap jari sebagai salah satu ciri keselamatan telefon pintar keluaran mereka. Cap jari adalah elemen biometrik yang paling sensitif.

“Cap jari, GPS, kamera, galeri, tidakkah ini maksudnya segala privasi kita boleh dieksploitasi? Kalau tengok secara menyeluruh, seolah-olah satu cip telah ditanam dalam badan kita dan mereka boleh jejak semua pergerakan kita, simpan segala maklumat yang berkaitan dengan diri kita,” kata Nadzir.

Hal ini katanya mungkin tidak ketara bagi orang biasa tetapi bagi mereka yang memegang jawatan strategik seperti ahli politik, pegawai tentera atau polis, ia begitu membahayakan.

Sesuatu yang bahaya bagi pemimpin, pasti bahaya juga bagi rakyatnya!

Apabila yang menyuarakan kebimbangan ini seorang ahli akademik, ia sudah tentu bukanlah suatu paranoia.

Bagaimanapun kata Nadzir, ini bukan  bermakna dia melarang orang  bermain Pokemon Go atau sebarang permainan seumpamanya, “tapi kenalah berhati-hati, jangan bermain di tempat yang sensitif, boleh menjejaskan nilai moral, melanggar hukum agama atau membahayakan diri dan orang lain.”. Kredit:- SinarHarian

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *