Mohon Bantuan Anak Sakit Di FB. Selepas Anak Meninggal Puluh Ribu Dana Masuk, Ibu bapa Buat JOLI !!!

| August 18, 2016 | 0 Comments

Mohon Bantuan Anak Sakit Di FB. Selepas Anak Meninggal Puluh Ribu Dana Masuk, Ibu bapa Buat JOLI !!! | Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Sayuti Wan Chik mendedahkan tentang sikap sesetengah ibu bapa yang menyalahgunakan dana awam yang dipohon melalui media sosial. Dana yang di pohon kerana anak menghidap penyakit pada awalnya itu disalahgunakan setelah anak mereka meninggal dunia untuk pergi bercuti dan bermewah-mewah.

664xauto-orang-kaya-dunia-bosan-hidup-mewah-1407155

“Maaf…kadangkala terpaksa skeptikal dengan kes yang viral diFB, bukan mahu buruk sangka.

Tahu kenapa?

  1. Kes yang dah tentu nak ke IJN – tak boleh ‘pledge’ dana awam.
  2. Posting dah viral beribu, belasan ribu bahkan puluhan ribu ‘like’ dan ‘share’ daripada ‘page’, individu yang punya ribuan follower/fans – tak kurang daripada RM30-60k masuk dalam akaun mak ayah. (Pengalaman sendiri dan beberapa kes yang telah dikenalpasti sebelum ini)
  3. Dah ada duit banyak hasil daripada No 2 diatas tapi masih nak mintak NGO pulak tolong bantu sediakan tempat tinggal?
    Duit ‘public’ bagi tu untuk apa?
    Beli perabot?
    Kereta baru?
    Shopping?
    Vacation?

Duit banyak tu kau nak duduk di Hotel Putra depan IJN tu sebulan ambik bilik paling mahal pun tak luak nah.

Parent jangan tamak boleh?

Allah dah uji anak kita tak sihat 1 hal, dia uji pulak kita dengan wang ringgit untuk apa?
Untuk kita gunakan amanah yang orang bagi tu untuk anak kita. Kalau anak dah ‘tak ada’ kita guna dana tu bantu orang lain pulak bukan enjoy laki bini pergi holiday. InsyaAllah rezeki kita akan lebih banyak lepas tu. (Ini juga pengalaman sendiri)

Jangan kata itu hak kita, itu hak anak kita yang Allah bagi peluang untuk kita cari pahala dengan bantu orang lain pulak. Kalau kita tamak, kau tengok lah nanti habis duit tu nanti silap-silap kau jadi lebih miskin dari sebelumnya.

Dah tu, dok bising apa kat sini?

Sebab Abi kesian kat hampa semua yang ikhlas tolong bagi dana tapi ada ramai manusia yang tamak diluar sana. Duit yang sepatutnya anda bantu orang lain yang lebih memerlukan tapi dah termasuk akaun manusia yang tamak dengan harta dunia.

Minta maaf, kes yang viral difb memang Abi tak dapat bantu dek kerana ada sikap manusia begini. Kami akan semak habis-habisan terutama kalau kau petik nama IJN.

Kesian orang ramai dah ikhlas tolong ringankan beban kita tapi kita tak jujur menguruskan dana ni.

Tolong sat….tolong sebarkan maklumat ni bagi ramai orang cakna isu ni.

Mudah saja nak tau, sebelum kau bank in duit / transfer kau mintak diorang tunjukkan statement terkini akaun tersebut. Kalau jujur orang akan tunjuk. Tapi kalau nak menipu…mampuih sampai sudah tak berani tunjuk. Tetiba eh dana dah cukup….tak percaya? Try la buat 🙂

(Ini juga pengalaman sendiri)

Jazakallahu khairan kathira buat semua yang bantu Abi dan Sahabat Uwais sejak dulu, kini dan insyaAllah selepas ini.”

Mungkin sepatutnya dana awam ini diurus oleh badan bukan kerajaan dimana bantuan hanya cukup sekadar keperluan, ini bagi mengelakkan dana awam disalahgunakan oleh ibu bapa untuk kepentingan diri dan bermewah mewah.

Kredit:- Sayuti Wan Chik

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *