Kawan Baik Kenalkan Aku Dengan Sepupunya. Aku Dah Mula Jatuh Cinta. Tapi Aku TERKEJUT Rupa-Rupanya…

| August 14, 2016 | 0 Comments

Kawan Baik Kenalkan Aku Dengan Sepupunya. Aku Dah Mula Jatuh Cinta. Tapi Aku TERKEJUT Rupa-Rupanya… | Bismillahirrahmanirrohim. Assalamualaikum semua. Pertama, terima kasih admin sbb post confession aku ni. Okey, nak mula menaip ni pun rasa terketar-ketar. Sebab apa yang aku nak cakap ni berkenaan dengan orang yang rapat dengan aku.

les

Sebagai pengenalan, nama aku Laila dan aku merupakan seorang bekas pelajar diploma di salah sebuah kolej di ibu kota. Aku dengan kawan aku, kami 3 tahun berkawan sama-sama kat kolej. Aku tak pernah bercinta, cuba berjinak nak bercinta atau apa sajalah yang berkaitan percintaan – memang aku tak pernah terjebak. Sebab aku tak biasa bercakap dengan lelaki. Dalam keluarga, aku anak bongsu perempuan satu-satunya. Abang-abang aku semuanya pandai-pandai dan belajar di luar negara sejak aku masih bersekolah rendah. Makin lah aku tak biasa bercakap dengan lelaki sebab ayah aku pun jenis tak banyak cakap.

Dipendekkan cerita, lepas habis diploma dan konvo, aku masih la berhubung dengan kawan aku. Sayang tahu tak, yelah sejak orientasi kami sama-sama. Masa semester 2, tengah-tengah sibuk dengan assignment tu, kawan aku kenalkan aku dengan seorang lelaki yang sebenarnya perfectly fit lelaki yang aku idamkan. Lelaki tu sepupu dia. Aku pula terlalu cepat jatuh pada lelaki ni sebab aku percaya, tak payah la nak kenal kenal ke nak jumpa ke apa, yang penting agama dia, solat dia, keluarga dia. Lelaki ni anak tunggal nama dia Yusoff. Belajar kos undang-undang dekat UIA. Aku mula-mula segan. Yelah, dia tu budak degree. Aku ni diploma pun terkial-kial nak betulkan pointer. Tapi sebenarnya aku jatuh cinta dengan peribadi dan keluarga dia. Daripada kawan aku, katanya ibu Yusoff ni (dia panggil makcik dia as Ibu Nik) seorang yang sangatlah berlemah-lembut. Layan semua orang nice macam anak sendiri. Yusoff ni pandai buat kerja rumah sebab taknak susahkan ibu dia. Di dapur pun dia cekap. Kalau dia marah, dia tak tunjuk marah dia. Sebab dia terbiasa sejak kecik kalau marah ambil wudhu dan mengaji, insyaAllah marah tu hilang. Ah banyak lagi lah sebenarnya baiknya dia yang aku berkenan tapi aku taknak tulis kat sini.

Hari berganti hari, semester berganti semester. Tak ada satu kali pun aku mula bercerita tentang Yusoff dengan kawan aku. Sebab aku malu. Aku tak biasa. Walaupun ada Twitter, tapi kami saling tak follow masing-masing. Dia kata dia nak jaga ikhtilat, cukup lah sekadar dia tahu aku ada dan aku tahu dia ada, jangan lupa doa selepas solat. Tak apa la aku respect permintaan dia since aku pun bukan jenis bercakap dengan lelaki. Aku tak ambil kisah sangat yang tu. Ye, aku memang tak pernah jumpa dia. Nampak dia secara zahir pun, tak pernah. Setakat Twitter dia jelah yang aku stalk sebulan dua kali macamtu. Tapi, ibu Yusoff selalu contact aku melalui surat. Selalu juga aku dapat parcel pos laju. Ibu Yusoff rajin, dia jahitkan aku 3 helai tudung labuh yang berbeza warna. Selain tu, aku pernah dapat jubah jugak dengan telekung. Ibu dia tahu aku ni suka makan biskut mazolla. Biskut mazolla aku makan tu mesti bentuk bunga. Kalau bentuk lain aku tak nak makan. Ibu Yusoff buatkan aku biskut mazolla tu bentuk bunga dan pos ke kolej kami. Aku happy bukan kepalang. Yelah, belum kahwin lagi bakal ibu mertua dah layan nice nice. Antara isi surat ibu Yusoff, dia pesan harap aku ikhlas terima Yusoff, jangan hampakan hati ibu dan babah sebab ibu dan babah sangat sayangkan bakal menantu satu-satunya ni, ibu dan babah nakkan yang terbaik untuk Yusoff dan ibu babah nampak baiknya itu ada pada Laila, Laila lah menantu ibu dan babah dan ibu babah takkan sia-siakan. Bagitahu aku, perempuan mana yang tak gembira bila bakal mak mertua kau layan kau baik dan sayang kau seikhlas hati? Kau cair tak? Kau dapat rasa ikhlasnya tak?

Dan kami pun graduate. Sekarang aku kerja kat Cheras dan kawan aku tu kerja kat Johor. Kami masih contact tapi tak sekerap dulu sebab kami dua-dua sibuk dengan kerja. Biasa lah bila umur meningkat ni, kawan-kawan sekolah ramai yang dah kawin. Baru lah aku rasa macam nak tanya kat kawan aku ni pasal Yusoff. Ada satu hari tu aku whatsapp kawan aku tanya khabar dia dan straight to the point tanya pasal Yusoff.

We had a long whatsapp conversation and suddenly..
Dia: “Kalau aku bagitahu kau, yang budak Yusoff ni tak wujud, kau marah tak?”
Aku: “Apa maksud kau?”
Dia: “Takde la, aku dah lama nak bagitahu kau. Tapi aku rasa macam takpe la teruskan jelah.”
Aku: “Habis yang selama ni ibu Yusoff bagi aku macam-macam tu?!?!” aku dah mula berang.
Dia: “Oh tu. urm…. sebenarnya telekung tu, jubah tu, biskut mazolla tu, aku beli je. Surat-surat yang kau dapat tu semua aku minta tolong member aku tuliskan. Aku cakap la yang ini surat untuk skrip pentas teater kolej sebab tu member aku tolong aku tuliskan..”

Aku diam bisu tak membalas whatsapp tu. Aku terlalu sedih. Hati aku luka sedalam-dalamnya. Tak ada yang faham perasaan aku tu, mungkin Allah saja yang tahu. Aku ditipu hidup-hidup oleh kawan aku. Hati aku, perasaan aku. Dipermainkan macamtu je. Alasannya sebab dia nak tengok aku ni jenis setia yang macam mana. Kau boleh brain tak dia ni punya perangai? Korang tahu tak? Dia ni tipu aku tiga tahun! Aku tak sangka TIGA TAHUN AKU SAYANG, AKU DOAKAN SEORANG LELAKI YANG TAK WUJUD.. dia mengaku jugak, account twitter Yusoff tu dia yang create. Ibu dengan babah pun, dia reka. Dia tak ada pakcik makcik yakni ibu babah Yusoff. Allah.. Allah.. Aku sangat kecewa dan sedih.. Jujurnya, aku sudah mulai sayang pada Yusoff.. Tapi plot cerita bertukar. Yusoff dan keluarganya hanyalah rekaan kawan aku tu..

Tiga tahun bukan jangka masa yang pendek. Selama tiga tahun tu, berapa ramai lelaki yang aku tolak sebab aku percaya adanya Yusoff. Selalu orang kata, suka pada orang bersungguh mahukan kita, bukan pada orang yang kita bersungguh. Sebab Yusoff dan keluarga bersungguh mahukan aku, sebab tu aku juga bersungguh mahukan Yusoff. Patutlah selama ni Yusoff kata tak mahu berjumpa. Menjaga ikhtilat konon! Rupanya kau tak wujud pun! Apa patut aku panggil kawan aku ni. Manusia bertopengkan iblis! Jahat! Ini soal hati dan perasaan aku!

The next day, dia masih minta maaf kat aku. Tapi aku tak layan semua whatsapp dia. Dia message aku. Dia call aku. Tapi aku reject semua. Dia hantar voice note kat aku (aku hide bluetick). Dia kata “Sebenarnya aku suka kau Laila. Aku sayangkan kau. Aku terlalu sayangkan kau sampai aku taktahu nak buat apa. Kau ingat ni, aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku. Aku takkan lepaskan kau. Aku memang reka identiti Yusoff sebab aku nak kau suka Yusoff. Bila kau suka Yusoff, aku lega. Sebab hanya aku yang tahu Yusoff tak wujud. Tapi kau jangan lupa satu benda. Walaupun Yusoff tak ada. Aku kan ada? Sayang lah aku. Suka lah aku. Aku cintakan kau. Aku Yusoff tu. Maafkan aku, tapi aku memang tak akan lepaskan kau.”

GILA TAK WEY? KAWAN BAIK AKU LESBIAN RUPANYA?!

Aku bukan nak kecam sesiapa. Tapi ini melampau. Selama ni memang aku akui kami pegang tangan, bergambar cium pipi ke pipi, peluk sana sini, rangkul sana sini – tapi aku anggap itu KAWAN. Aku tak sangka dia anggap itu CINTA. Dia tipu aku selama 3 tahun sebab sebenarnya dia suka aku. Bila aku suka kat Yusoff dan aku sayang Yusoff. Dia lega. Sebab aku suka Yusoff, maknanya aku tak suka sesiapa. Hanya dia yang tahu Yusoff ni tak ada. Aku beranggapan dia ni split personality? Ada masa dia perempuan, ada masa dia jadi Yusoff? I have no idea about that. But most importantly, she lied to me! And I cannot accept that. And, she is actually lesbian, is none of my problem. Tu kau punya hal. Aku dah tak rasa nak kawan dengan kau lagi. Sampai ke harini, aku tak berhubung dengan dia. Aku serabut dengan dia. Aku sakit hati. Sakit hati sangat-sangat. Walaupun aku tak balas whatsapp dia, dia tetap whatsapp aku bertubi-tubi banyaknya. Kadang-kala sampai mengugut. Kalau aku tak balas, dia nak bunuh diri. Hah, bunuh lah diri tu, lagi bagus – bentak aku dalam hati. Tapi tak adanya sampai nak bunuh diri dia tu. Aku rasa tu semua taktik dia nak aku balas whatsapp dia kot.

Aku sekarang dah 26 tahun, umur dah patut kawin. Tapi sebabkan kes Yusoff ni, aku jadi menyampah nak kawin sebab aku taknak kena tipu. Entah lah wey. Pening lah. Persoalannya, apa aku patut buat sekarang? Elok-elok lah warga Johor. Jadi perempuan tu, jangan perempuan sangat, nanti kawan perempuan kau sendiri akan suka kau. Aku akui, aku terlalu perempuan dan terlalu lembut sampai dia jatuh cinta pada aku. Aku tahu, aku ada salahnya juga.. Tapi, entahlah.. Kredit:- Laila Sai’datul

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *