Dulu Masa Tak Berduit Suami Sanggup Masukkan Tilam Dalam Tayar Pancit. Sekarang Dah Senang Sikit Ini Kerja Yang Dia Buat Masa Out Station !!!

| August 31, 2016 | 0 Comments

Dulu Masa Tak Berduit Suami Sanggup Masukkan Tilam Dalam Tayar Pancit. Sekarang Dah Senang Sikit Ini Kerja Yang Dia Buat Masa Out Station !!! | Assalamualaikum… saya cuma nak meluahkan apa yang ada di hati, nak luahkan kat family dan kawan2 tapi kesian jugak kat suami. Suami saya selalu kerja luar daerah, sekejap kat sini, sekejap kat sana dan sekejap kat sinun. Tapi memang tiap2 hari ada call saya walaupun sekejap, belanja tiap seminggu dia akan bank in kan dalam rm 200. kadang2 100.

pub

Usia rumah tangga dah masuk 9 tahun  dah ada ank 3, 2 orang dah bersekolah yang kecil umur 2 taun lebih dan yang ke 3 pula keguguran. Hidup kami sederhana saja. Saya tidak bekerja, suri rumah sepenuh masa. Tinggal bersama keluarga mertua. Selama ini saya memang percaya dekat suami saya. Bila dia kerja jauh saya tak tau dia buat apa, yang saya tau dia pergi bekerja.

Tapi baru ni dia ada cuti. Satu malam tu saya buka whatsapp suami, terbaca whattsapp dari seseorang bernama lelaki, tapi gambarnya perempuan cantik dan seksi. Mula whattsapp dia cakap “saya lah” saya whattsapp balik tanya siapa?? lepas tu dia cakap lagi “sayalah…perempuan itu” saya tanya lagi “perempuan mana..??” dia cakap “perempuan mega” saya tanya lagi “Mega apa…??” terus dia balas “sayalah…perempuan pub mega”

Sedih hati saya, rupanya suami di belakang pergi pub untuk berhibur. Saya tanya suami kenapa ada perempuan whattsapp dia? perempuan pub. Mula dia cakap tak kenal, dia cakap kawan yang pinjam telefon whattsapp dengan kawan. Tapi saya tak percaya, saya terus tanya lagi kenapa mintak nombor perempuan tu sedangkan dah ada saya sebagai isteri, dah ada ank2 kenapa nak perlukan hiburan luaran dan apa kurangnya saya. Saya cakap susah senang selama ni saya slalu ada, tak pernah nak lari tinggalkan dia.

Pernah dulu masa tu memang langsung tak berduit tayar motor pancit, sebab takda duit dan takda tempat nak mintak tolong suami heret motor pergi tempat sampah lepastu dia buka tayar dan isi tilam buruk dalam tayar motosikal tu. Masa tu baru anak dua, anak pun ada ikut, alhmdulillah sampai jugak kat rumah.

Tapi sekarang anak dah 3 hidup pun dah ada kesenangan dah boleh pakai kereta, tapi bila dah senang lain pulak jadinya. Lepas tu suami cakap masa tu dia keluar ramai2 duduk semeja, karaoke, kepala dah pening dekat dalam pub memang la ada perempuan, masa tu mintak nombor perempuan tu. lepas tu suami cakap benda dah lepas jangan la tanya lagi. Tapi hati kita sebagai seorang perempuan takkan berhenti berfikir benda bukan2. Saya sedih, bagilah kata2 semangat yang positif ye..untuk pengetahuan, saya berumur 26 manakala suami 36.” Kredit:- KRT

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *