Teman Wanita Kawan Aku Tu Dahla Suka KIKIS, Lagi Teruk Punya La Psiko Sampai….

| July 21, 2016 | 0 Comments

Teman Wanita Kawan Aku Tu Dahla Suka KIKIS, Lagi Teruk Punya La Psiko Sampai….| Assalamualaikum terima kasih admin approve confession ini. ini luahan kami satu geng khas buat kawan kami yang sedang angau bercinta.

psiko

sahabat kami seorang ini mempunyai makwe yang gila psiko dan mata duitan. tak teruk sangat kot psiko dia bagi awak semua tapi kami dah tak tahan dah dan kesian gila tengok kawan kami ni. setahu saya la kawan kami ini memang kaya. kira berharta la. untuk pengetahuan kami student lagi.

Makwe kawan kami ni tersangat-sangatlah teruk perangainya tapi kami tak tahu lah apa yang kawan kami ini suka sangat pada dia sampai dah kena macam-macam tapi tak nak lepaskan dia. pendapat saya lah nak kata lawa sangat, tak lah sangat tapi boleh la. mungkin this is his first love itu yang susah nak lepaskan. yela lelaki ini normally first love memang susah dia nak lepaskan.

Firstly, kita cerita pasal makwe dia gila harta. kami selalu dengar dia mengadu semua barang dia kawan saya kena beli. baju, beg, kasut dan segala-galanya la. semua nak branded kot. mana family dia?kawan saya ini boyfriend dia je bukan suami sampai nak support semua? family dia tak mampu ke? pernah sekali perempuan ini sanggup gila call kawan boyfriend dia semata-mata nak tanya duit ptptn kawan saya ini dah masuk belum. like seriously? jelas gila yang dia nak duit kawan saya ini semata-mata nak shopping.

Dah la kalau shopping kalau belanja dia sorang takpe lagi tapi dengan satu family dia pau kawan saya. perghh sedap-sedap dia sahaja. Family dia pun sama perangai macam dia. tak terkejut lah kenapa perangai dia macam itu. minta maaf kawan terus terang cakap kenapa kau macam ini lurus sangat ikut perempuan ini. (Ini bahasa baik aku cakap ni hehe nanti kena kecam lak) sayang kawan punya pasal. kau nampak salah itu dan ini siap cerita kat geng kita semua tapi kenapa still stay dengan perempuan itu.

kami risau jugak kawan kami ini kena manderam ke apa sebab perempuan ini selain gila harta psiko gak. kami kenal dari semester satu lagi masa itu dia dah memang ada relay dengan girlfriend dia. normal lah student pergi mana-mana post gambar ramai-ramai. (trend sekarang)perempuan ini boleh add sorang2 kawan boyfriend dia especially perempuan. pernah call. Mesej. selagi tak balas selagi itu dia call dan mesej. sampai whatsapp kawan kami ini pun dia hack. wechat or so whatever kawan kami bagi pass kat dia. kawan kami ini pun satu angau punya pasal semua pass bagi.kami sampai kalau jumpa number pelik je kami block. hahaha tak tahan dengan perangai gila dia.

Lepastu dia punya jeles, over gila. kami sampai menyampah gila sebab girlfriend kawan kami ini pantang betul kami nak kawan dengan kawan kami ini ( yang perempuan la).kami still jaga batas ok.kami kalau keluar tak pernah berdua. kami keluar ramai-ramai kot satu geng. Itu pun nak jeles over gila. Kawan kami sorang ini kurang bercakap sikit. So agak-agak kami ini banyak ke bersama dia? Tolong lah tak ada siapa nak rampas pakwe kau. kami pun ada orang yang kami suka.ambil gambar ramai-ramai langsung tak boleh ada perempuan dalam gambar itu. awek dia gelabah. jeles tak tentu pasal. takot pakwe kena rampas lah itu.kalau pakwe dia kena rampas hilang punca pendapatan dia sekeluarga nak shopping.

Kawan kami ini pernah jugak kena maki hamun dengan makwe dia depan orang ramai. bukan dengan makwe sahaja. family dia pun banyak maki hamun dia. kawan kami pernah tegur makwe dia. sebenarnya kawan kami ini nak ambil makwe dia sebab makwe dia minta tolong bawak dia balik rumah. bila jumpa kawan kami tegur lah dia pakai seksi sangat. lepas tu dia maki hamun kawan kami ini depan orang ramai. kot yela nak marah, marah dalam kereta kan boleh? Ini memang jenis perempuan tak tahu malu..perempuan ini siap naik tangan kat kawan kami ini. kami tak tahu lah berapa tebal telinga kawan kami ini dengar maki hamun family dia dengan makwe dia.

Makwe dia ini jugak pernah upadate momment gambar dia pegang pisau dia cakap siap kau tut…

(nama kawan kami). Kami tak tahu lah kawan kami ini tak takot ke dengan perempuan gila macam ini. dah lah gila, kuat jeles,buat serabut otak dengan kaki pau orang. family dia pun sama je.

buat kawan kami yang kami rasa mungkin dah dalam perancangan nak berkahwin dengan perempuan ini kami minta maaf sebab macam-macam kutuk pasal makwe kau. kami semua ini sayang kau tau tak. kitaorang ini minta banyak-banyak untuk fikir banyak kali sebelum berkahwin dengan perempuan tak guna ini. seriuosly dia nak kikis duit kau je wei.

Kawan, please ada kan rasa kesian pada hati kau yang banyak terluka itu.kesian dia dah lama pendam rasa. kau boleh dapat yang lebih baik dari itu. kau memang seorang yang baik kawan. kau layak untuk perempuan yang lebih baik dari itu.kami tahu susah nak lupakan kisah cinta tapi sampai bila nak hidup sengsara dibawah kawalan perempuan. engkau patutnya memimpin bukan dikawal sepenuhnya oleh perempuan itu.

Kalau kau kahwin, kau fikir-fikirlah kalau sekarang kau jadi pakwe dia pun kau tak mampu nak kawal. dia nak harta kau je wei. Dah jelas sangat dah. nanti bila dah kahwin kau rasa kau mampu ke nak kawal dia? Kitaorang ini sayang kau sebab itu haissshh rasa macam nak tumbuk sahaja minah itu. Kurang ajar dia buat kawan kitaorang macam ini. Haha cakap berani la. kang dia buat momment tunjuk parang lagi nak kenakan kitaorang. hahaha….wuissh seram la. huhu

Hehe kepada si pembaca tolong bagi kami idea macam mana nak nasihat kawan kami ini.ke nak kena bawak dia ini pergi berubat macam dah buta sangat dah dalam percintaan… Peace yoo sorry kawan kami sayang kau. -Geng kau-

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *