Letih DIMAKI Ibu Sendiri, Lihatlah Apa Yang Gadis Ini Lakukan Secara SENYAP-SENYAP !!!

| July 21, 2016 | 0 Comments

Letih DIMAKI Ibu Sendiri, Lihatlah Apa Yang Gadis Ini Lakukan Secara SENYAP-SENYAP !!! | Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab approve cerita saya. Saya anak ketiga dari 5 adik beradik. Saya dah berkahwin selama 2 tahun dan mengandung. Sekarang saya duduk rumah sewa.

maki

Saya tak tahu nak mulakan cerita saya macam mana. Sebab saya taknak salahkan sebelah pihak je. Hmmm. Sebelum kahwin dengan suami saya, macam-macam dugaan saya dapat dari mak saya sendiri. Mentang-mentang sebelum kahwin tu suami saya kerja swasta, kerja biasa je. Mak saya mintak hantaran sampai RM12k. Bukan saya tak cuba cakap dengan mak saya suruh rendahkan hantaran sebab saya tahu kemampuan suami saya. Tapi mak saya tak layan. Ayah saya pon dah try pujuk tapi dalam kebanyakannya ayah saya banyak diam. Saya sangat kecewa dengan ayah saya. Dia selalu ikut apa mak saya cakap.

Mana nak cekau masa tu? Dan mak saya dok pertikaikan suami saya kerja swasta. Pada saya takde masalah pon asalkan rezeki tu halal. Sejak dari tu, suami saya kerja macam-macam nak cari duit lebih untuk kumpul duit hantaran. Masa tu pon saya kerja swasta gaji saya tak besar masa tu. RM2000, Lepas tolak KWSP semua, tinggal baki RM1700. Setiap bulan saya simpan RM1000 untuk bantu suami saya cukupkan duit hantaran. Hmmm. OKaylah part tu setel la sebab saya dah selamat kahwin pon.

Sampai sekarang mak saya masih layan saya macam saya ni tak kahwin lagi. Dia suka tinggi2kan suara dekat saya macam saya takde maruah. Saya tahu mungkin saya ada salah jugak tapi kenapa mak saya sanggup maki saya sumpah saya. Contoh makian yang saya dapat “Awk ni memang anak derhaka. tak masuk syurga. Ha memang sampai mak mati pon mak takkan maafkan awak. Menyesal mak lahirkan awk”.

Makian ni baru sikit. Saya pernah dapat lebih dari tu sampai melibatkan suami dan ANAK saya. Tak perlulah saya nak cerita semua dekat sini. Just bayangkan suami saya orang luar. Suami saya pon kena maki. Dia pon stress dengar apa yang mak saya cakap. AYAH SAYA HANYA DIAM dan tak tegur apa mak saya buat. ye DIAM.

Hari raya lepas, hanya sebab saya nak balik rumah dulu sebab suami cakap nak elak jammed, mak saya cakap dekat saya “awk takde mak kan, mak awk dah mampus kan?? mulai harini awk takde mak. mak bukan lagi mak awk!” tak ke stress saya? Padahal sebelum tu saya dan suami dah bagitahu dia yang saya nak balik dulu. Dan dia pon okay je. Ayah saya buat apa? Dia diam je macam biasa. dan tetap salahkan saya.. Hmmm….Kalau nak cerita pon banyak lagi. Banyak sangat apa yang mak saya pernah cakap dekat saya. Sampaikan saya berjauh hati dengan mak saya. Jujur saya tak salahkan mak saya 100% sebab saya tahu saya pon mungkin ada salah pada dia. Tapi dari saya kecik, saya rasa disisihkan oleh mak saya. Adik beradik saya yang lain mak saya layan lain. Dengan saya lain.

Kekadang bila saya balik rumah mak ayah saya sebab rindukan dorang, dorang layan saya macam saya bukan perempuan mengandung. Saya bukan harap layanan special. Ada sekali tu saya nak tumpang bilik mak saya kejap sebab nak baring atas katil and bilik mak saya ada aircond. Adik lelaki saya datang dan nak tidur situ jugak. Saya suruh adik saya beralah sebab saya mengandung ,saya sakit pinggang. Mak saya masuk campur dan dia lebihkan adik saya dan marah2 saya. Dia cakap kalau pasal bilik pon nak gaduh, baik saya tak payah balik! Dan macam biasalah saya yang beralah dan bagi adik saya baring atas katil tu. Saya yang mengandung ni? duduk dalam bilik yang panas.

Saya tak suka bermasam muka lama-lama. Saya akan telefon mak ayah saya dan minta maaf walaupun saya tahu perit dan macam biasa mak ayah saya akan ungkit dan cakap semua tu salah saya. Sikit perkataan maaf dari mak saya ,saya tak dapat. Lepas dia maki saya bukan-bukan. Hmmm

Oleh sebab perkara ni, saya selalu balik rumah mertua dan saya sangat bersyukur sebab keluarga mertua layan saya macam keluarga sendiri malah lebih baik dari layanan keluarga sendiri. Dieorang selalu tolong saya kalau saya ada masalah. Tak pernah berkira. Mak dan ayah mertua saya pon baik sangat. Tak macam mak ayah saya. Sekarang ni saya risau saya nak berpantang dekat mana. Kalau saya pantang dekat rumah mak ayah saya, nanti kalau salah faham sikit, mak saya maki saya, saya taknak stress dan taknak anak saya dengar apa mak saya maki. Dan saya taknak nanti kemudian hari mak saya mengungkit apa yang dia pernah buat dekat saya. Sebab dia seorang yang suka mengungkit. Hmmmm….

kalau saya duduk rumah mertua saya, saya takut menyusahkan dieorang dan taknak dieorang fikir benda yang tak baik pasal keluarga saya. Hmmm….Ni anak first saya. Patut ke saya pantang seorang diri? Susah senang biar saya dan suami je tahu. Bila fikir pasal ni mesti air mata saya mengalir. Sebagai anak Aku doakan Ibu semoga berubah dan melayan anakmu seperti anak emasmu. -Anak yang kesedihan-

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *