Tekak Berdarah Kerana Terlalu Banyak Menyanyi, Inilah Komen Netizen Yang Buat Khai Bahar SENTAP !!!

| June 1, 2016 | 0 Comments

Tekak Berdarah Kerana Terlalu Banyak Menyanyi, Inilah Komen Netizen Yang Buat Khai Bahar SENTAP !!! |KUALA LUMPUR: Gara-gara kerap menyanyikan lagu bernada tinggi ketika memenuhi undangan persembahan, bakat baharu, Khai Bahar terpaksa menanggung risiko apabila mendapati tekaknya berdarah.

khai

Khai, 22, berkata hampir setiap hari beliau diundang mengadakan persembahan dengan kebanyakan penganjur pula mahukannya menyanyikan lagu bernada tinggi popular Sudah Ku Tahu, nyanyian Projector Band.

“Hampir setiap hari saya ditawarkan membuat persembahan. Dalam sehari, saya mempunyai tiga acara di lokasi berbeza. “Semua penganjur pula mahu saya menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu. Kerana kerap membawakan lagu bernada tinggi, tekak saya berdarah. Sayang sekali, saya terpaksa membatalkan jemputan persembahan pada hari ini juga,” katanya kepada BH Online.

Khai mula menjadi perhatian umum selepas video nyanyiannya yang digabungkan bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih menerusi aplikasi Smule menjadi viral. Lagu Sudah Ku Tahu yang dinyanyikan semula olehnya di aplikasi sama turut mendapat pujian ramai.

Sementara itu, Khai yang kini bernaung di bawah syarikat NAR Records berkata, walaupun tekaknya cedera teruk, namun beliau tidak menganggap ia satu bebanan. Sebaliknya penyanyi ini menyifatkan perhatian yang diterimanya kini adalah peluang yang jarang diraih.

“Bukan senang untuk orang memanggil kita membuat persembahan. Apabila peluang berada di depan mata, saya ambil sebaik-baiknya.

“Hendak disalahkan penganjur kerana sering meminta saya membawakan lagu bernada tinggi pun tidak boleh juga kerana sudah menjadi kerja saya untuk menyanyikan sebarang karya yang diinginkan. “Mungkin saya akan lebih menitik beratkan soal penjagaan tekak dan suara selepas ini agar tidak mudah ditimpa musibah,” katanya.

Namun, ianya mendapat respon yang pelbagai daripada netizen yang menarik perhatian kami.

1

3

 Dalam ramai-ramai yang komen,yang ni paling win:-

2

 

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *