SEDIH Tak Sempat Ziarah Jenazah Sahabat Karib, Sesuatu Berlaku Pada Malamnya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

| June 16, 2016 | 0 Comments

SEDIH Tak Sempat Ziarah Jenazah Sahabat Karib, Sesuatu Berlaku Pada Malamnya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | “Cerita aku maybe satu cerita yang sangat cliche which is kehilangan kawan baik. Aku tahu ramai yang ada kisah sama macam aku. Tapi, dengan hadirnya bulan ramadhan ni buat aku makin rindu pada si dia. Aku namakan kawan aku Alya.

kem

Aku dgn dia mula kawan sejak form 4 bila kami sama2 masuk ke mrsm. Tapi masa dlm form 4 tu aku tk rapat sangat dgn dia. Cuma kawan biasa. Sampailah satu hari tu, maktab kami ada menganjurkan karnival kerjaya. Kami dikehendaki pergi ke booth yang berkaitan dengan kerjaya pilihan kami. Masa tu aku teringin sangat nak jadi jurutera kimia. So aku pun pergilah ke satu booth yang terangkan pasal scoop kerjaya ni. And aku terjumpa dia. Dia tanya aku, adakah aku mempunyai cita2 yang sama seperti dia. and tak sangka dia pun nak jadi jurutera kimia macam aku. Sejak hari tu, aku jadi sangat rapat dengan dia.

Kami mula berkongsi macam macam cerita. Aku pernah menyatakan hasrat aku untuk buka satu rumah anak yatim bila aku dh berjaya nanti. N dia cakap kat aku, “nanti jangan lupa ajak org, org nak berkolaborasi dengan awk. Kita buka rumah anak yatim sama2”. And smpi hari ni aku pegang kata2 tu.

Sepanjang dua tahun kami di MRSM, kami belajar bagai nak gila. Balik prep lewat malam, datang kelas seawal subuh semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Perkara yang paling aku suka mengenai dia adalah dia seorang yang sangat bersifat keibuan. Semasa bulan puasa, aku pasti akan ke bilik Alya untuk ke dewan makan bersama. Aku sanggup menunggunya mandi walaupun sangat lamaaa daripada pergi terlebih dahulu. Disebabkan perangai aku yang sangat kebudakan, aku selalu menyorok dalam almarinya, dalam selimutnya hanya untuk membuat Alya terkejut. Tapi dia tak pernah marahkan aku. Aku menggelarnya teddy bear disebabkan ketembamamannya dan aku sangat suka memeluk Alya. Pendek kata, dialah satu satunya kawan yang boleh melayan sikap kebudakan ku ini.

Selepas SPM, kami masih berhubung. Bertanya khabar, bergurau seperti dulu wlaupun hanya melalui telefon. Sehinggalah setelah kami mendapat result SPM, kedua kami berjaya melanjutkan pelajaran di tempat yang sama iaitu di Puncak Alam. Walaupun berbeza bidang, namun kami masih lagi bersua, berbual seperti dahulu tanpa ada rasa kekok sedikit pun. Aku tetap sayang kan dia sama seperti dulu walaupun jarang bertemu. Aku masih berbuka puasa dan berterawih bersamanya walaupun blok kami sangat lah jauh. Sayang aku pada Alya langsung tak berubah.

Namun, pada hari terakhir kami di universiti sebelum bercuti untuk hari raya, aku langsung tidak teringat untuk pergi berjumpanya. Namun dengan kuasa Allah, di saat aku sudah mahu balik ke kolej, aku bertembung dengannya di lif fakulti. Disebabkan ayahku sudah pun menunggu di kolej, aku terpaksa bergegas. Dia bertegas ingin memelukku namun aku menolak permintaannya kerana aku takut dimarahi ayahku. Aku berlalu meninggalkannya tanpa menoleh ke belakang pun. Aku cuma memberitahunya bahawa aku akan memeluknya sepuas hati selepas pulang beraya.

Tapi, kuasa Allah lagi hebat. Sewaktu dlam perjalanan pulang ke puncak alam dari kg selepas beraya, Alya telah kemalangan. Ramai rakanku menelefonku untuk memberitahu perkhabaran ini. Tapi kebodohan ku sekali lagi memberi aku penyesalan yang tidak berkesudahan. Aku menyimpan hp ku di dalam bonet kereta menyebabkan aku tidak langsung mendengar ada panggilan yang masuk. Setelah sampai, baru ku baca semua msj yang diterima dan menelefon semula rakan ku untuk mendapatkan kepastian. Tetapi, anehnya di saat itu, aku tidak langsung mengeluarkan air mata. Allah saja tahu dari mana aku mendapat kekuatan itu. Semuanya telah terlambat. Jenazah Alya telah dibawa pulan ke kg halaman dan aku tidak lagi dapat bertemunya walaupun sekejap. Andai saja aku memegang hp sewaktu di dalam kereta, pasti aku masih boleh melihat jenazahnya kerana kemalangan tersebut berlaku berdekatan dengan Puncak Alam sahaja.

Malam itu, apabila aku tidur, aku mendapat satu mimpi di mana aku memakai serba putih dan duduk di satu bangku putih dengan hanya sebatang tiang lampu yang juga putih. Tiba2 Alya datang dari arah belakang dengan tersenyum ke arahku. Aku bertanya kepadanya apakah benar dia telah pergi meninggalkan aku.Aku memaksanya untuk menjawab persoalan ku memandangkan dia hanay diam seribu bahasa. Namun persoalan itu hanya dijawab dengan senyuman. Dia hanya menepuk bahu ku dan berlalu pergi. Ya Allah, aku menceritakan hal ini kepada bapaku dan dia turut menangis. Dia mengatakan bahawa persahabatan kami sangatlah ikhlas. Namun, di sebalik kesedihan ini, aku lebih terkesan dengan ketidak sampaian aku untuk memeluknya buat kali terakhir. Seandainya dia masih bersamaku, dia akan tetap menjadi teddy bear ku sampai aku kahwin. Aku sayang kan dia, dulu kini dan insyaAllah sampai bila2. Arwah Alya tiada pengganti. mohon petikan doa dari pembaca semua agar arwah Alya ditempatkan di kalangan orang beriman dan semoga impianku untuk membuka rumah anak yatim buatnya tercapai. Al-Fatihah”.

saya rindu awk Alya:’) – nosya Sumber:- IICUM Confession

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *