PELIK. Inilah ALASAN GILA Gadis Ini TAKMO Balik Kampung Menjelang Raya Buat Ramai GARU KEPALA !!!

| June 26, 2016 | 0 Comments

PELIK. Inilah ALASAN GILA Gadis Ini TAKMO Balik Kampung Menjelang Raya Buat Ramai GARU KEPALA !!! | Assalamualaikum semua. Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Ramai yg excited nak balik utk beraya. Berlainan pula dgn aku. Aku telah bekerja. Umur pun telah lebih dari 30. Masih bujang. Kerja, alhamdulillah, dapat kerja bagus, dan gaji pun agak bersesuaian.

hr

Aku telah kehilangan ibu hampir 10 tahun yg lalu. Ayah aku pula telah berkahwin baru. Disini bermula cerita kenapa aku tak mahu pulang beraya.

Aku merupakan satu-satunya anak yg masih belum berkahwin. Jadi, biasa lah, yg tak kahwin nie lah akan jadi keldai suruhan setiap kali raya. Pikir pasal tu pun dh boleh buat aku penat. Balik rumah, dah tentu rumah penuh habuk, barang- barang yg ayah aku suka kutip, beli bundle, simpan barang2 lama. Mak tiri aku? Entahlah. Memang perangai xreti kemas rumah. Jika aku bercuti dan tinggal di rumah, aku dpt lihat, makcik aku hnya menonton tv shj. Mujur perkahwinan dgn ayh aku, dia xdapat zuriat. Kalau tak, lagi pening.

Kalau aku tak kemas, dimana adik beradik aku yg bakal pulang utk beraya nak tinggal? Sudahlah most of kami allergic dengan habuk. Ada juga yg resdung. Ayah n mak tiri aku shj yg imun habuk nie. Dari luar rumah hingga ke dapur, semuanya berhabuk. Hingga di tv pun naik sawang. Baru-baru ini, bumbung bocor. Ayah aku dah bg hint pada aku supaya aku repairkan. Sebelum ni aku juga yg tukarkan mentol bilik air. Aku tak kisah buat tu semua. Tapi naik geram, bila kita penat kerja, balik umah, kerja lagi.

Bab beli barang dapur. Oleh sebab aku je yg xkwen lagi, maka aku lah yg jadi mangsa untuk beli barang dapur rumah setiap bulan. Kalau setiap bulan pun dah abis RM300 lebih. Untuk raya, pasti berganda. Mana dengan bahan mentah lagi, kuih raya lagi. Duit raya untuk ayah n mak tiri lagi. Baju raya mereka lagi. Sesekali aku nak juga rasa, balik kampung, ayah aku jd macam ayah org lain. Belikan barang dapur sebab anak nak balik. Aku xmintak beli banyak pun. Sikit pun jadilah. Ayah aku? Dia buat tak tahu jer. Korang yg balik, korang ar yg beli. Nak kata ayah aku takde duit. Ayah aku dapat duit pencen setiap bulan. Mana ada org lain ayh aku kena tanggung selain mak tiri aku. Barang2 dapur rumah pun aku yg tanggung. Bil elektrik n air? Sebulan baru rm50 utk kedua2 bil. Astro? Akak aku yg bayarkan setiap bulan. Aku juga kadangkala mahu juga sesekali balik, ada org tolong masakkan makanan kegemaran aku. Mak tiri aku? Jangan harap lah. Balik je kami, dia takkan sentuh lansung kerja2 rumah. Nak kata dia tua, baru umur 43tahun. Kuat lagi. Yg dia buat, tengok tv. Masak pun xmahu, tolong kemas pun xmahu. Lastly, akulah jadi mangsa. Akak2 yg lain dan adik2 yg dah kawen, bagi alasan nak kena jaga anak. So xboleh tlg.

Penat sgt. Bila raya, kena masak untuk semua. Kemas lagi. Bila orang datang kena layan. Mak tiri aku tahu duduk di ruang tamu, konon-konon layan tetamu. Aku nie kat dapur dah macam ada 8 tangan.

Tahun lepas aku sengaja balik KL awal. Sebab meluat dgn mak tiri aku and ayah aku juga. Bila orang datang berkunjung di rumah, aku nie dh mcm chef. Ayah and mak tiri aku order je apa dorang mahu. Aku juga yg kena hidangkan. Kalau aku merungut mak tiri aku tak tolong, ayah aku akan marah2 aku. Katanya dia masih hidup tapi aku dah jadi kurang ajar dengan mak tiri. Walhal aku cakap dengan tertib. Nak cakap apa pun tak boleh. Kalau balang kuih pecah, aku juga yg kena beli baru. Sarung kusyen raya, aku juga yg disuruh beli. Alasannya aku dah kerja dan aku tak kawen lagi.

Nak sahaja aku cari jodoh secepat mungkin. Raya kat umah mertua. Tak balik rumah. Pandai2 lah korang organize rumah.

Aku cerita ni sebab aku dh tak tahan. Duit gaji aku habis untuk dorang. At least appreciate lah sikit. Namun tak. Tenaga aku lagi dikerah. Nak lindung diri sendiri, mula ayh aku kuar ayat, yg penat je dia bg belajar tinggi tapi aku derhaka pada dia. Aku tak pernah pun cerita pada sesiapa tentang ini. Selama ini aku pendamkan. Atas alasan, biarlah berhabis utk berbakti pada ayah n mak. Tapi aku kecewa. Seolah2 aku nie maid.

Harap-harap raya kali ini tidak seperti selalunya. –Perantau- Sumber:- IIUC Confession

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *