Inilah Tindakan Tak Masuk Akal Suami Di Wad Bersalin Yang Buat Doktor Geleng Kepala !!!

| June 30, 2016 | 0 Comments

Inilah Tindakan Tak Masuk Akal Suami Di Wad Bersalin Yang Buat Doktor Geleng Kepala !!! | Dalam Islam wanita ajnabi haram dilihat tubuhnya kecuali dalam keadaan dharurat iaitu betul-betul terpaksa, maka apa yang berlaku pada hari ini dalam bidang perubatan perbidanan sering dilihat lelaki menjadi penyambut bayi. Isu ini sudah lama berlaku dan mendapat pelbagai pandangan masyarakat ada yang membenarkan dan ada yang tidak membenarkan, mana taknya si suami pun perlu bayar mahar untuk lihat aurat si isteri tapi boleh pulak doktor lihat free. walaupun begitu dalam keadaan yang genting islam memudahkan bagi umatnya tapi dengan pelbagai syarat yang ketat dan setiap keadaan haruslah ditimbang berdasarkan maqasid syariah. kami kongsikan kisah seorang yang terlalu rigid hingga sanggup membahayakan nyawa anaknya:-

dok

“Bersempena dengan kenyataan Timbalan Meteri & DG, aku terasa nak kongsi berkenaan kejadian yang pernah terjadi kepada diri aku tak lama dulu. Satu peristiwa yang aku sendiri tak terfikir boleh berlaku. Aku kongsikan untuk masyarakat lihat dan faham bahawa memang wujud situasi begini.

Pada masa itu, aku seorang bertugas di dewan bedah. Seorang pesakit masuk ke dewan bersalin untuk melahirkan anak, ditemani suaminya. Si isteri berpurdah dan si suami berjubah dan berkopiah. Melihat kepada perwatakan mereka, aku sendiri faham-faham untuk tidak attend pesakit itu sebab tahu pastinya mereka mahu wanita yang menyambut kelahiran. Aku minta JM untuk sambut bila baby na keluar. Aku pula attend pesakit lain yang boleh tahan ramainya waktu itu.

Sedang aku attend pesakit lain, jururawat menjerit, “Doktor, shoulder stuck.” Rupanya pesakit tadi bayinya mengalami shoulder dystocia. Keadaan dimana kepala bayi sudah keluar tapi bahu tersangkut. Ini adalah situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera kerana mampu meragut nyawa bayi.

Aku pun terus masuk ke bilik bersalin tersebut. Sesampainya di situ, si suami tengking dan halau aku keluar.

“Kenapa ada lelaki ni? Keluar! Saya taknak ada lelaki dalam ni. Biar anak saya mati, isteri saya mati pun saya tak nak ada lelaki kat sini.”

Pergh.. Aku pun dengan rasa sayu terus keluar sambil cakap kat staff lain, “McRobert, McRobert.”

Cerita macam ni memang rare tapi sebenarnya berlaku. Bukan nak highlight benda yang buruk begini tapi nak tunjuk pada masyarakat, memang wujud situasi begini dek kerana kefahaman yang salah tentang maqasid syariah.

Aku kongsikan bukan untuk burukkan sesiapa tapi nak bagi faham. Watak, latar tempat dan masa dirahsiakan. Sekian.” sumber:- Azizul Salehudin

Kesimpulannya hari ini berdasarkan keadaan yang serba maju dan isu ini yang tiada berkesudahan terlalu lama, ianya sudah menjadi kewajipan “Fardhu ain” bagi pihak yang berkuasa untuk menyediakan pakar bersalin yang ramai dan jika mereka gagal maka kesalahan adalah keatas pihak yang tidak menyediakannya. Bagaimana kita boleh melahirkan begitu banyak artis tapi sambil lewa terhadap aurat dengan memakai alasan dharurat. Sampai Bila?

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *