Anak Tiri HAIRAN Sikap Ibu Tiri Yang Suka Mengongkong Ayah Rupa-Rupanya Dia…

| June 28, 2016 | 0 Comments

Anak Tiri HAIRAN Sikap Ibu Tiri Yang Suka Mengongkong Ayah Rupa-Rupanya Dia… | Assamualaikum… First sekali terima kasih sebab sudi share. Harini hati aku tetiba rasa tergerak hati nak share kisah hidup aku. First sekali aku nak cakap kepada yg masih ada mak dan ayah bersyukurlah sebab korang tak taw betapa sedih bila tiada salah sorang mak or ayh or kedua2 sekali.

kel

Aku dah tiada mak sejak umur aku 2 tahun lagi . Aku duduk dengan tok and tokwan aku sejak mak aku dah takda , diorang la yang jaga aku sejak kecik lagi, uruskan aku. Rumah tok aku ngan ayah aku dekat je sebelah2 tapi aku tak tinggal sekali dgn ayh and mak tiri aku. Ayah aku kawen lain time aku umur 6 tahun. Ayah aku ada 4 org anak hasil dari perkahwinan dgn mak tiri aku. Aku still study.

Ada mak tiri mungkin tak sama macam mak kandung. Kadang2 aku sedih menangis sendiri sebab tengok org lain ada mak, boleh pelok mak, tapi aku tak pernah rasa semua tu. Memang betoi lah kasih sayang mak tiri takkan sama dengan mak kandung. Ya aku akui mmg ada mak tiri yg baik yg layan macam anak dia sendiri kat dunia ni tapi bukan mak tiri aku. Aku taklah cakap mak tiri aku ni kejam suka dera2 macam dalam tv tu. Takda la sampai macam tu. Tapi mak tiri aku ni suka jeles dgn aku. Sangat kuat jeles.

Jeles kalau ayah aku lebih2 kan aku dari dia, aku pun tak paham kenapa. Kalau boleh dia nak ayah aku lebihkan dia dan anak2 dia. Sampai kadang2 aku rasa macam takda ayah. Aku tak salahkan ayah aku, sebab aku taw ayah aku banyak beralah dgn mak tiri aku yg kuat jeles tu sebab nak jaga hati dia.

Aku dulu nak apa2 semua kena usaha sendiri, even aku pernah dapat cemerlang dalam exam ayah aku tak pernah nak bagi apa2. Tapi kalau anak2 dia yg lain siap janji nak beli tu beli ni lagi. Kadang aku terasa tapi aku diamkan je ha. Banyak benda aku pendam sendiri. Tiap2 tahun kalau anak2 dia mesti belikan baju sekolah baru, kalau aku dulu pakai je baju tu ha tak pun tok aku yang belikan semua. Aku bukan lah sedih sebab tak dapat apa yang aku nak cuma sedih sebab tak dapat kasih sayang ayah macam mana dia layan anak-anak dia sekarang. Ayah aku macam tak amek taw pun pasal aku dulu. Mungkin sebab aku tak duduk sekali dengan dia.Bila aku dah makin besar, ayah aku dah start macam nak rapat dengan aku and amek taw pasal aku. Kalau dulu semua tok dengan tokwan aku yang uruskan.

Sambung balik pasal mak tiri aku, sebenarnya aku banyak terasa hati dengan mak tiri aku. Sebab perangai dia agak menyakitkan hati. Ayah aku selalu jugak ajak aku keluar sekali dengan diorang, aku ni rasa macam orang asing sangat kalau keluar dengan diorang sebab aku tak rapat pun dengan diorang sebenarnya even ayah aku sendiri apa tah lagi mak tiri aku.

Pernah time aku kecik aku pernah ikot diorang p langkawi , ada suatu hari tu ayah aku ajak keluar jalan ambil angin dalam chalet tu je tu pun sekejap bukan lama, bila balik mak tiri aku dah buat muka siap cakap sindir-sindir tinggalkan dia ngan anak2 la apela. Padahal dia sebenarnya jeles kalau ayah aku rapat dengan aku . Tapi time tu kecik lagi so tak da la nak terasa apa pun. Mak tiri aku memang suka buat muka kalau dia tak suka and suka perli menyakitkan hati. Tapi macam biasalah aku suka diamkan diri, tak pernah pun menjawab balik.

Ada jugak kalau ikot p beli barang sekali ngan diorang, mak tiri aku tak pernah layan aku macam anak2 dia. Selalu bila aku ikot, macam aku tak wujud pun, diam macam orang asing. Aku pun taktaw kenapa even menyakitkan hati aku still nak keluar dengan diorang kalau ayah aku ajak. Pernah jugak terlintas dalam hati, entah-entah ayah aku je beriya ajak keluar sekali, padahal mak tiri aku tak suka pun aku ada sekali. And macam biasalah mak tiri aku mesti lebihkan anak-anak dia, tak pernah pun tanya aku nak beli apa pun, dia anggap aku nie macam tak wujud je. Mak tiri aku akan lebih beli barang ke anak-anak dia je haa. Actually banyak lagi benda-benda yg menyakitkan hati tapi biarlah aku pendam and tuhan saja yg tahu. Kalau raya pun tiap2 tahun balik kampung dia, tak pernah beraya dengan family belah ayah aku. Apa2 pun dia akan lebihkan family dia. Sebab tu lah aku rasa macam tak da ayah , even raya pun sorang tanpa family sendiri. Orang lain kalau raya penuh je dengan family diorang, ada adik beradik tapi aku sorang2 je haa. Kiranya aku beraya menumpang kasih sayang orang je, aku lebih rapat dengan mak-mak sedara aku berbanding ayah and mak tiri aku. Memang lah sedih, tapi aku kuatkan hati, selalunya aku tak akan pikir sebab kalau aku pikir aku jadi sedih sangat.Banyak lagi sebenarnya benda sedih dalam hidup aku ni tapi takpela biarlah aku yang pendam. Aku tak salahkan ayah aku sebab aku taw dia sebenarnya nak jaga hati mak tiri aku sebab dia lagi taw perangai bini dia macam mana and sebab tu dia selalu ikotkan mak tiri aku je.

Walaupun mak tiri aku tu perangai macam tu , aku seboleh2 nya tak pernah cerita kat kawan-kawan or sesiapa pasal perangai dia tu. Aku selalu pikir positif pasal dia and harap dia berubah. Adalah jugak time aku tak tahan aku pernah lah jugak mengadu kat tok aku sambil nangis-nangis.

Sekarang aku dah masok 20an, and anak2 dia pun dah besar, ada yg dah masok sekolah menengah pun. Sampai hari ni aku masih berdoa moga mak tiri aku berubah and dapat layan aku macam anak dia jugak. Biarlah aku mengalah dengan diorang. Mungkin ada hikmah Allah duga aku macam nie. Aku patot bersyukur sebab ada lagi hidup orang yang teruk lagi aku . Atleast aku dapat tengok ayah aku depan mata, ada tok dengan tokwan yg jaga aku .

Doakan aku terus kuat dan kuat dalam hidup ini. Pada yang masih ada mak dan ayah, hargailah diorang sementara masih ada. Sebab bila diorang dah takda, kasih sayang dari diorang tu la yg kita rindukan. -Nik-

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *