2 Tahun Menjalin Hubungan Cinta Kekasih Rasa Hubungan Jauh Dari Allah…Namun, Ada Udang Disebalik Batu !!!

| June 9, 2016 | 0 Comments

2 Tahun Menjalin Hubungan Cinta Kekasih Rasa Hubungan Jauh Dari Allah…Namun, Ada Udang Disebalik Batu !!! | Perkara yang paling rumit bagi setiap manusia ialah persoalan hati, mudah dibolak balik dalam menghadapi sesuatu, oleh kerana itu kita disarankan untuk memohon kepada Allah agar ditetapkan hati dalam Islam. Begitu juga persoalan yang terkait dengan hati ialah cinta. Hari ini kami kongsikan sebuah kisah daripada seorang gadis yang dikecewakan setelah diberi harapan yang tinggi melangit.

ist

Diberi Harapan Oleh Kekasih…

“Assalamualaikum confessor “aku nak bunuh diri”..actually akak pun sebelum ni ada pengalaman diberi harapan tinggi mcm ni sbb mmg dh plan nk kahwin. 2 tahun hubungn kami n parents akak pun tahu..dlm masa sthun lebih mnjlin hubungn akak rasa pelik sbb tiba2 dia macm mndiamkan diri..

Sebelum tu akak tahu adik dan mak dia tak brapa suka akak sbb kami masih belajar dan akak ni tidak la islamic sangat..akak belajar dekat sini and dia belajar dkt mesir.So cinta jarak jauh la..tpi selalu jgk dia bagi harapan one day semua akn ok and dia nk akak kahwin dgn dia.Dia cakap kami ni dah dikira macam tunang sebab dah berniat nak nikah.Sebab dia student islamic akak sgt trust dia dan rasa dia x akan hampakan akak tpi akak lupa manusia semua ada flaws, x semua perfect.

Rasa Hubungan Jauh Dari Allah…

Lepas stahun lebih mcm tu tiba2 dia diam..kdng2 akak tnya knpa,dia ckp dia rasa hbungn kami ni salah sbb rsa jauh dri tuhan, akak pun rasa apa dia rasa n kami cuba x berhubung sbb bermuhasabah diri balik..tpi dh berbulan lamanya akak tnya khabar sbb dia xde khabar berita lngsung..akak asyik nangis berbulan2 sbb dia mcm x care lngsung plus risau dgn keadaan mesir masatu bermasalah, akak sentiasa doakan dia..Dia tak tnya lngsung pasal akak tapi boleh jer berbalas2 komen dekat facebook dgn kawan2 🙁 kemudian akak mesej dia guna voice note akak tnya knpa diam lama sgt then dia jwab “entahla awak”..dia jwab mcm org xde perasaan.masatu akak try move on tpi still x puas hati n rasa berat sgt sbb dialah sebelum ni tmpt akak share masalah, everything dia bg nasihat so rasa mcm hilang someone important..yg x puas hati sbb dia xde reason kukuh..

Mula Berubah…

After long time akak text dia and dia blas and tht time dia mcm tengahhappy..akak mengis smbil msg sbb dia sudi blas msg..rasa mcm ada harapan..tpi bbrapa hritu akak tgok cara dia msg mcm nk xnk ckp jgak tpi tgok status punyalah bahagia..

Malam tu akak branikan diri tnya yg dia msih suka akak tak..n dia ckp ye..pastu akak ckp la akak nk doa ada jodoh dgn dia pastu dia blas’ baik awak doa awak dberikan jodoh yg baik2′ pastu akak ckp la yg dia kan baik then dia blas dia x baik..pastu akak hold dulu then akak suh dia be honest..dia ada org lain ke n akak janji akak x marah..dia pun bgthu mmg dia dh lama suka dkt sorang akhawat ni, budak tu pun sama2 register masa dia belajar kat mesir dulu..after tht hncur sgt hati sbb apa? Sbb all these 2 years adalah a piece of lies and akak dimainkan slma 2 tahun kot. Akak banyak berubah dari segi pemakaian sebab dia macam inspirasi untuk akak dan sentiasa jadi contoh untuk akak berusaha dalam pelajaran masa tu tapi akak tak sangka dialah manusia yang patahkan hati akak macam tu jer.

Akak tnya knpa ckp suka lagi then dia blas suka sbgai kawan. Dia minta maaf tapi bagi akak maaf dia tu x berbaloi dengan apa yg dia dah buat.sedih sgt masatu tpi adik akak ckp “u must be strong and u deserve someone better than that coward”. Alhamdulillah Allah dgr doa akak n pulihkan hati ni dan kurniakan seorang suami yg alhamdulillah penyayang dan bnyak bgi kesedaran dkt akak.

Pesanan Kepada Orang Yang Diberi Harapan Tinggi…

Adik jgn sedih, Allah lihat segala apa yg kita buat, orang2 yang menzalimi perasaan wanita tu juga ada saudara perempuan dan bakal ada zuriat perempuan,mungkin mereka x sedar yang Allah tu maha adil dan bila2 masa sahaja boleh membalas di dunia atau di akhirat .Akak pun ada jgak masalah keluarga tapi hati kena kental la.Akak harap adik ni jgnlah bersedih lama sgt ye, in shaa allah akan ada yg terbaik suatu masa yg sesuai nanti.Ingat setiap dugaan walaupun rasa letih itu semua kifarah dan mungkin Allah nk bagi pahala free..semoga kita semua ada di dalam lindungan Allah swt 🙂 – Hamba Allah”. Sumber:- IIUM Confession.

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *