[VIDEO] Inilah Detik-Detik CEMAS Seorang Kanak-Kanak Terjatuh Dalam Kandang Gorilla Dan Menjadi Tahanan Seekor Gorilla BESAR !!!

| May 29, 2016 | 0 Comments

[VIDEO] Inilah Detik-Detik CEMAS Seorang Kanak-Kanak Terjatuh Dalam Kandang Gorilla Dan Menjadi Tahanan Seekor Gorilla BESAR !!! |ZOO Cincinnati di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa seorang pegawai keselamatan zoo telah bertindak menembak mati seekor gorilla selepas ia didakwa menarik seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terjatuh ke dalam kandang haiwan itu.

gorilla

Memetik laporan NBC News baru-baru ini, mangsa dikatakan memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang pada kira-kira jam 4 petang, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Cincinnati, saksi pertama melaporkan dia melihat aksi ganas gorilla berusia 17 tahun tersebut yang bertindak menarik dan membaling mangsa.

Kanak-kanak itu kemudian sempat diselamatkan selepas penjaga zoo dengan menembak mati gorilla itu dengan menggunakan sepucuk senapang, rifle.

Pengarah Zoo, Thane Maynard berkata kanak-kanak lelaki yang ditawan oleh gorila selama 10 minit, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kanak-kanak Cincinnati dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Di media sosial, kumpulan penyayang haiwan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan penjaga zoo.

go1

go2

Menurut mereka, ibu bapa harus mengawasi pergerakkan anak-anak mereka, dan bukannnya membiarkan mereka memanjat pagar haiwan.

Mereka turut menyalahkan kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

go3 go4

Menurut pengguna media sosial, gorilla itu bukan ditembak mati kerana menyerang seorang kanak-kanak, tetapi ditembak mati gara-gara kecuaian ibu bapa yang gagal menjaga anak mereka ketika melawat haiwan itu di zoo tersebut. Sumber:- Astroawani.

Lihat video:-

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *