Remaja Derita Perut Semakin Membesar Dan Sakit…Rupa-Rupanya Doktor Sahkan Ada Benda Yang MENUMPANG Dalam Perutnya !!!

| May 24, 2016 | 0 Comments

Remaja Derita Perut Semakin Membesar Dan Sakit…Rupa-Rupanya Doktor Sahkan Ada Benda Yang MENUMPANG Dalam Perutnya !!! |SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki tidak menyangka perutnya yang membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan janin kembarnya yang ‘menumpang hidup’ secara parasit dalam perut sehinggalah terpaksa dibuang selepas berusia 15 tahun.

image

Kes yang menggemparkan negara ini, berkemungkinan baru pertama kali dilaporkan di Malaysia, tetapi bukanlah yang pertama di dunia, malah pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.

Kes serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal peringkat kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu lagi.

Rabu lalu, remaja lelaki yang dikenali dengan nama Shahril, 15, dikatakan berjaya menjalani pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital di sini, dan terkejut apabila mengetahui ‘makhluk’ yang dikeluarkan itu merupakan kembar yang tumbuh secara parasit.

Sumber terdekat dengan Shahril menceritakan, janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.

Sumber itu berkata, sejak dari kecil, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan berikutan keadaan saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain, namun doktor tidak melakukan apa-apa pembedahan memandangkan dia tidak pernah rasa sakit.

“Sejak umurnya setahun lagi, dimaklumkan sudah nampak seperti ada kelainan dengan keadaan saiz perutnya yang membesar.

“Namun keadaan itu tidak membimbangkan kerana tidak mengalami apa-apa kesakitan.

“Termasuklah sehingga umur 10 tahun, dia dikatakan aktif bermain bola dan sukan lain tetapi aktiviti itu dilihat tidak memberi sebarang kesan sampingan,” kata sumber berkenaan.

Selain itu, amalan pemakanan Shahril juga dikatakan tidak seperti remaja lain kerana boleh menikmati makanan dalam kuantiti yang banyak.

“Pernah sekali dia memberitahu, dia perlu makan banyak-banyak oleh kerana perlu menampung makanan untuk disalurkan kepada ‘kandungan’ dalam perut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pergerakannya agak terbatas apabila sudah memasuki persekolahan peringkat menengah berikutan agak malu dengan bentuk fizikal tubuh badannya kerana tidak mampu lagi menyembunyikan perut yang semakin membesar.

“Sehinggalah dikejutkan dengan insiden sebulan lalu, remaja itu mengadu berasa sakit di bahagian perut sehingga memerlukan penjagaan eksklusif dari bapanya, begitu juga apabila hendak tidur dan makan, perlu diurut terlebih dahulu seolah-olah rasa dicucuk di bahagian perut.

“Disebabkan itu, dia juga dikatakan tidak boleh menelan makanan memandangkan apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali.

“Keadaannya berlarutan sehinggalah menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di mana doktor menyarankan agar pembedahan dibuat dengan segera bagi memulihkannya,” katanya.

Info

Fetus in fetu:

  1. Kembar parasit atau fetus in fetu adalah satu perkembangan abnormal yang dikenali sebagai janin dalam janin.
  2. Terdapat dua teori bagaimana keadaan tidak normal ini berlaku: Ia disebabkan oleh embrio kembar tidak terpisah sepenuhnya dan membesar di dalam tubuh pasangan kembarnya.

Ia disebabkan oleh perkembangan teratoma iaitu ketumbuhan terdiri daripada tisu pelbagai jenis yang bentuknya berbeza daripada bentuk asal tisu organ berkenaan.

  1. Keganjilan ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran. Sumber:- sinar Harian

 

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *