Netizen Pertikai Doktor Lelaki Sambut Kelahiran…Ini Penjelasan Doktor Yang Bakal Buat Anda BERFIKIR !!!

| May 24, 2016 | 0 Comments

Netizen Pertikai Doktor Lelaki Sambut Kelahiran…Ini Penjelasan Doktor Yang Bakal Buat Anda BERFIKIR !!! |Para doktor dan jururawat di bilik bersalin dan jabatan bersalin sedar akan tuntutan para ibu terutama yang beragama Islam yang hanya mahu doktor perempuan atau jururawat sahaja yang menguruskan proses kelahiran mereka.

gender doctor

Saban tahun, KKM akan menghantar dan membuka pengajian dalam bidang perbidanan (midwifery) kepada jururawat terlatih dan jururawat masyarakat (100% kaum hawa sahaja dalam profesion ini) yang berminat.

Jururawat ini dilatih hal ehwal perbidanan di bilik bersalin dan setelah siap menjalani pengajian tersebut, mereka akan ditempatkan di dewan bersalin atau klinik kesihatan untuk memenuhi keperluan kaum wanita di seluruh daerah.

=====

Hah, dah ada doktor dan jururawat perempuan jadi di mana keperluan doktor lelaki di bilik bersalin? ,

=====

.

Ya, kita masih memerlukan doktor lelaki di sana pada masa ini.

.

Saya ingin mengajak pembaca fokus isu doktor pelatih lelaki sahaja di bilik bersalin. Pegawai Perubatan Terlatih (Medical Officer) atau Pakar Perbidanan lelaki tidak akan saya kupas dalam hal ini.

.

2016-04-09_155743-300x300@2x

Ada pihak mengatakan ilmu perbidanan di sekolah perubatan sudah memadai untuk mengajar pelajar perubatan. Maka tidak perlu doktor lelaki menyambut kelahiran wanita. Lagi-lagi doktor pelatih / pelajar perubatan yang kerjanya asyik nak menyeluk sahaja dengan alasan mahu belajar.

.

Masyarakat perlu faham bahawa ilmu perubatan adalah sangat kompleks. Pengajian perbidanan di sekolah perubatan masih menghadkan penglibatan pelajarnya kepada ‘real-life situation‘ demi mengurangkan risiko tindakan perundangan kepada sekolah tersebut.

.

Mannequin atau patung latihan, video dan segala teknologi yang digunakan untuk mengajar hanya dapat menyiapkan pelajar tersebut sebanyak 40% yang mana kebanyakkannya dipelajari secara TEORI bersama limitasi PRAKTIKALITI.

.

Seusai para pelajar ini menghabiskan pengajian perubatan maka mereka memerlukan baki 60% lagi iaitu pengalaman dan aplikasi TEORI yang dipelajari di sekolah perubatan dalam menguruskan pesakit sebenar untuk memberikan keyakinan dan menjadi doktor yang kompeten serta mengurangkan risiko melakukan kesilapan pada masa hadapan.

.

Untuk memudahkan pembaca memahami maksud tersebut, saya ingin mengambil contoh kerjaya Pilot.

MaxW640imageVersiondefaultAR-312039964

Seorang pilot, tidak akan mahir hanya dengan memandu pesawat di dalam kokpit simulasi dan mengikuti kelas-kelas mereka menggunakan teknologi terkini. First Office atau Co-Pilot akan berada di sisi Kapten sambil memerhati dan menyedut ilmu daripada Kaptennya. Selain itu, dia perlu menimba pengalaman dengan memegang stereng kapal terbang dan mengemudinya sendiri. Orang kata kena ambil “feel”. Bila dah biasa, barulah boleh mengemudikan kapal terbang dengan baik. Mereka perlu menetapi kriteria dan tempoh masa pengalaman mengendalikan pesawat sebelum boleh dinaikkan pangkat menjadi Kapten / Pilot.

.

Perlu diingatkan, di belakang kokpit mereka adalah penumpang yang kadangkala jumlahnya hampir 400 orang. Apa perasaan penumpang jika mengetahui bahawa, kedua-dua pilot mereka belum pernah mengemudi pesawat sebenar dan hanya belajar melalui sistem simulasi sahaja. Pastinya para penumpang tidak mahu menaiki pesawat tersebut kerana bimbang akan keselamatan nyawa mereka.

.

Oklah, analogi pilot tiada masalah aurat perempuan dengan bukan mahram.

.

Kita ambil contoh lain. Bagaimana pula ketika perempuan lemas. Ianya darurah maka dibenarkan orang lelaki menyelamatkan wanita itu. Namun masalahnya si lelaki itu tidak pandai berenang. Jika lelaki itu mahu tunjuk HERO maka besar kemungkinan anggota penyelamat terpaksa pula mencari DUA jenazah selepas itu.

.

Oleh itu, doktor pelatih lelaki masih diperlukan di bilik bersalin untuk melatih mereka menjadi doktor yang mahir merawat hal ehwal perbidanan selain bidang keperluan asas lain seperti perubatan, pembedahan, tulang, kanak-kanak dan kecemasan.

.

=====

Mengapa doktor pelatih lelaki masih perlu mempelajari bidang perbidanan ini? Bukankah kita mempunyai ramai doktor wanita?

=====

.

Pada masa ini, doktor-doktor pelatih terutama lelaki bujang selepas menghabiskan tempoh latihan mereka selama dua tahun akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang kurang kemudahan asas kesihatan atau kawasan terpencil seperti di Borneo.

.

Ada sebahagiannya ditempatkan di kawasan pedalaman yang jauh daripada perkhidmatan hospital. Kebiasaannya mereka ini ditempatkan berseorangan di klinik kesihatan yang jauhnya beratus kilometer daripada bandar besar.

.

Takkan nak tempatkan doktor perempuan di kawasan pedalaman berseorangan. Bagaimana pula doktor perempuan yang telah berkeluarga. Pihak KKM tetap prihatin akan dilemma ini dan ianya ternyata sukar diselesaikan.

.

Tidak dinafikan dengan lambakan doktor selepas tamat latihan nanti, kemungkinan besar, pihak KKM akan tetap menghantar juga doktor-doktor perempuan ini ke kawasan tersebut untuk memenuhi keperluan semasa khidmat kesihatan di negara kita.

.

Buat masa ini, sekiranya berlaku kes-kes ibu bersalin di kawasan mereka, jururawat masyarakat akan mengendalikan dahulu kes tersebut dan merujuk kepada doktor-doktor ini untuk tindakan susulan jika perlu.

.

Oleh itu, jika doktor-doktor lelaki ini tidak pernah menjalani latihan di jabatan perbidanan, apakah mereka ini dapat menguruskan ibu bersalin dengan baik tanpa sebarang pengalaman dan bantuan pakar? Ya, doktor tersebut boleh menghubungi pakar untuk konsultasi akan tetapi bagaimana berlakunya kes kecemasan seperti tumpah darah selepas bersalin. Mengetahui teori dan pengalaman praktikal yang sedikit sahaja belum tentu membantu doktor tersebut menyelamatkan nyawa pesakitnya.

.

Saya ingin mengajak pembaca untuk menyelusuri kisah saya menguruskan ibu bersalin yang tumpah darah semasa banjir besar di Kelantan pada tahun 2014. Pengalaman ini saya bukukan dalam sebuah novel bertajuk “I Need A Helicopter, My Patient Is Dying”. (Sila dapatkan senaskah coretan pengalaman banjir saya di toko-toko buku berhampiran atau klik link ini [http://pts.com.my/buku/i-need-a-helicopter-my-patient-is-dying-episod-cemas-banjir-besar-2014/] untuk memahami isu doktor lelaki menyambut kelahiran bayi)

.

Saya yakin tanpa pengalaman saya di dewan bersalin semasa tempoh latihan di Hospital Selayang, barangkali pesakit saya telah meninggal dunia akibat tumpah darah.

.

Ingin saya tekankan bahawa, yang menyambut kedua-kedua kelahiran yang berakhir dengan trajedi tersebut adalah jururawat saya yang berpengalaman luas hampir 20 tahun. Saya duduk di sebelah pesakit, mengambil peranan suaminya buat sementara waktu dengan memberikan kata-kata semangat untuk membantu pesakit melahirkan anak. Saya kemudian dipanggil apabila berlakunya komplikasi koyakan pada cerviks .

.

Saya sendiri mengakui kurang yakin menjahit kawasan ‘cerviks’ atau pangkal rahim kerana kurang pendedahan semasa latihan.

.

Mengapa pula kurang latihan?

.

Semasa belajar, kebanyakkannya kami pelajari secara teori. Ini kerana kecederaan pangkal rahim tidak sama dengan luka daripada guntingan / episiotomy yang biasa dilakukan di bilik bersalin. Posisi dan tahap kecederaannya kadangkala menyukarkan untuk menjahit dan terpaksa diserahkan tugas kepada Pegawai Perubatan Terlatih (Medical Officer) untuk menjahitnya samada di bilik bersalin atau di bilik pembedahan jika kecederaannya terlalu parah.

.

Alhamdulillah, Tuhan menghantar bantuan kepada saya dengan seorang lagi doktor perubatan perempuan dan saya serahkan tugas menjahit koyakan tersebut kepada beliau. Saya tidak menyerahkan tugas tersebut kerana doktor perempuan sudah ada maka saya perlu beredar daripada bilik itu segera. Akan tetapi kerana doktor perempuan tersebut mempunyai kemahiran perbidanan dan pernah bekerja selama beberapa tahun di bilik bersalin sebelum berpindah ke klinik kesihatan. Jika beliau tidak mempunyai kemahiran dan di antara kami, saya yang lebih pandai menjahit koyakan dan mempunyai pengalaman menguruskan kes kecemasan itu maka tetap saya perlu uruskan pesakit tersebut untuk menyelamatkan nyawanya.

.

Namun, apa yang akan terjadi jika keajaiban itu tidak ada?

.

Bagaimana jika sehingga ke sudah hanya saya seorang sahaja doktor yang berada di situ. Maka saya tetap perlu menjahit koyakan itu pada kadar segera kerana mahu menghentikan pendarahan pada cerviks itu walaupun saya sedar saya kurang pengalaman menguruskan masalah ini.

.

Ini baru benar-benar darurat!

.

Akan tetapi masalah utamanya adalah bagaimana pula jika doktor lelaki yang dipertanggungjawabkan menyelamatkan nyawa pesakit tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang tersebut? Maka sudah pasti bencana bakal menimpa kepada pesakit tersebut. Dikhuatiri ibarat tikus membaiki labu jika doktor tersebut tetap merawat pesakitnya.

.

=====

Apa yang doktor pelatih lelaki boleh pelajari melalui latihan mereka di bilik bersalin?

=====

.

Selain daripada kemahiran asas mengendalikan kelahiran serta ilmu kecemasan perubatan, latihan tersebut akan memberikan mereka keyakinan dan membantu mereka membuat keputusan dengan tepat. Ini sangat penting.

.

Bidang perbidanan ini melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak yang dikandungkannya. Jika doktor lelaki ini kurang pengalaman, bagaimana dia boleh membuat keputusan tepat pada saat getir demi menyelamatkan nyawa pesakitnya?

.

Saya masih bersetuju, doktor lelaki hanya dibenarkan merawat pesakit perempuan dalam keadaan darurat sahaja atau masalah tertentu.

.

Namun, perlu kita berikan perhatian bahawa doktor lelaki ini juga perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran asas serta terlatih terlebih dahulu sebelum diberi tanggungjawab mengendalikan sebarang kes perbidanan.

.

Kita tidak mahu terjadi kecelakaan kerana kecelaruan masyarakat dalam memahami maksud darurah seperti di Arab Saudi. Sebuah tragedi kebakaran di asrama perempuan dan akhirnya semua penuntut perempuannya mati terbakar. Sebab apa? Sebab Bomba tidak dibenarkan masuk kerana BOMBA KESEMUANYA LELAKI.

.

=====

Kesimpulan

=====

.

Pada masa ini, sistem kesihatan ibu dan anak telah berkembang dan semakin baik seiring dengan tuntutan agama. Sebagai contoh, sekarang sudah ada peluang itu suami mendampingi isterinya semasa bersalin di hospital kerajaan.

.

Begitu juga kesedaran akan hal aurat dan doktor lelaki di dewan bersalin. Contohnya keterbukaan jabatan perbidanan atau doktor pakar perbidanan dalam membenarkan penggunaan seluar bersalin mesrat aurat, MAMAPRIDE kepada pesakit wanita samada di dewan bersalin kerajaan mahupun swasta. Ini adalah petanda positif buat kaum Hawa di Malaysia.

2016-04-09_160627-192x300@2x

.

Selain itu, para ibu boleh meminta hanya petugas wanita sahaja yang menguruskannya di hospital kerajaan tetapi mereka juga perlu faham dalam keadaan terdesak maka nyawa perlu diutamakan walaupun dirawat oleh doktor lelaki.

.

Pihak hospital dan jabatan juga pada masa ini semakin peka akan tuntutan masyarakat agar perlu ditambah doktor wanita terlatih di setiap jabatan perbidanan. Namun, meramaikan doktor wanita bukanlah perkara mudah. Berapa ramai ahi kelab Isteriku Seorang Doktor yang sanggup mengorbankan isterinya demi tuntutan fardhu kifayah? Itu belum dicampur dengan masalah antara doktor perempuan dengan pesakit perempuan sendiri.

.

Pada masa ini, doktor pelatih lelaki masih perlu dilatih dalam bidang perbidanan ini sebagai persiapan memikul tanggungjawab lebih besar kepada masyarakat jika tempatkan di hospital daerah yang tidak berpakar / klinik kesihatan. Sebagai contoh, saya sendiri masih perlu bekerja ‘atas panggilan’ atau oncall 24/7 di klinik saya mengendalikan kes-kes kecemasan samada perbidanan atau apa sahaja. Oleh itu, saya sendiri perlu mempunyai ilmu dan kemahiran asas dalam hal-hal tersebut.

.

Doktor pelatih lelaki pula perlulah menjaga hak pesakit dan menghormati pesakit perempuan. Terang secara elok kepada setiap pesakit. Bawa Chaperon dan lakukan sekadar yang perlu sahaja dengan ‘gentle’ dan kurang menyakitkan. Komunikasi Berkesan adalah penting untuk membina kepercayaan pesakit wanita. Niat juga perlu betul dan ikhlas untuk belajar daripada latihan di jabatan O&G agar ilmu tersebut berguna di hari kemudian.

.

Bagi mereka yang bertegas mahukan rawatan doktor wanita sahaja, maka anda diminta merancang kewangan wang secukupnya untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik/hospital swasta yang anda selesa. Tiada paksaan dalam hal ini.

.

Akhir sekali berdoa agar Allah mempermudahkan kelahiran bayi anda dan melindungi aurat anda semasa bersalin – seperti kebetulan dalam shift tersebut, semua doktor yang bertugas adalah doktor perempuan. (Ini adalah pengalaman saya dan isteri semasa kami menyambut anak sulung kami di Hospital Selayang. Kesemua staff termasuk pakar perbidanan adalah perempuan. Alhamdulillah). Sumber:- Dr Afiq Rahim

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *