Jawapan BERNAS Imam Kepada Seorang Atiest Membuatkannya Tercungap-cungap Kelemasan !!!

| May 8, 2016 | 0 Comments

Jawapan BERNAS Imam Kepada Seorang Atiest Membuatkannya Tercungap-cungap Kelemasan !!! |Ketika Imam Jaafar as-Shadiq rh sedang berjalan-jalan di tepi sungai Tigris bersama beberapa orang muridnya. Tiba-tiba datanglah seorang atheis menegurnya, “Wahai Imam! Bukankah engkau ahlul Bait?”

kisah-umar-bin-khattab

“Apakah maksudmu?” Sahut Imam Jaafar

“Dapatkah engkau menolong agar aku dapat melihat-Nya?” Ejek orang yang tidak percaya kepada Tuhan itu.

“Dia tidak dapat dilihat dengan mata, sahabatku…” Jawab Imam Jaafar dengan tersenyum.

“Tapi aku ingin melihat-Nya! Dan aku tidak mahu menyembah-Nya sebelum melihat-Nya dengan mata kepalaku sendiri.”

“Baiklah kalau begitu…” sambil memberi isyarat kepada anak muridnya supaya menangkap lelaki tersebut.

Lelaki itu meronta-ronta dan terpekik meminta tolong tetapi Imam Jaafar tidak menghiraukannya malah menyuruh anak muridnya mengikat lelaki tersebut.

“Lemparkan orang ini ke sungai.” Imam Jaafar mengarah.

Lelaki itu terjerit-jerit meminta tolong supaya diselamatkan namun Imam Jaafar hanya tersenyum sambil ingin melihat apa yang bakal dilakukan oleh lelaki yang hampir lemas itu.

Setelah bergelut dan tercungap-cungap hampir kelemasan, maka dalam kepayahan dia merayu, “Ohh Tuhan…tolonglah aku, Ya Allah!” Melompatlah anak muridnya ke sungai untuk menolongnya.

Setelah lelaki itu dibawa ke darat, Imam Jaafar pun bertanya kepadanya, “Mengapa kau merayu meminta tolong kepada-Nya? Kau sudah melihat-Nya?”

“Sudah-sudahlah!” jawabnya malu-malu, “sememangnya kalau semua harapan sudah berakhir, mahu tak mahu manusia akan ingat kepada-Nya…” sambungnya lagi.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *