KEJAM !!! Rupanya Inilah MOTIF Sebenar Azhar DIBUNUH Di Ho Chi Minh !!!

| May 2, 2016 | 0 Comments

KEJAM !!! Rupanya Inilah MOTIF Sebenar Azhar DIBUNUH Di Ho Chi Minh !!! |HO CHI MINH – Seorang lelaki warganegara Malaysia, ditemui mati di dalam bilik hotel di bandar itu, pada 28 April lalu.

Mangsa, Mohd Azhar Abdull Wahab, 33 tahun, ditemui pada jam 7 malam oleh pekerja hotel yang terpaksa merempuh pintu bilik tersebut selepas mangsa tidak menyahut ketukan dari luar.

Untitled

Menurut saksi, beberapa kesan tetakkan pada bahagian badan mangsa terutamanya kepala dan bahu. Terdapat banyak kesan darah mangsa di lantai.

Siasatan awal pihak berkuasa tempatan mendapati, mangsa telah mendaftar masuk ke hotel itu, dua hari sebelum kejadian bersama dengan seorang lelaki yang juga warganegara Malaysia, Mohamad Zulfaeez bin Khalid, 32, yang kini hilang tanpa dapat dikesan.

RP4W67qn

Pihak polis kini sedang memburu Mohammad Zulfaeez yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian Azhar.

Status terakhir mangsa ketika berada di Ho Chi Minh, Vietnam

Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, mereka dimaklumkan mengenai perkara itu. Bagaimanapun masih belum didedahkan punca sebenar kematian mangsa.

Keluarga mangsa juga telah dimaklumkan dan difahamkan adik dan ibu mangsa akan berlepas ke Vietnam pada 4 Mei ini untuk menguruskan penghantaran jenazah pulang ke Malaysia.

Menurut kenalan mangsa, Manz Vpbk, keluarga mangsa sedang berusaha mendapatkan bantuan dari pelbagai pihak untuk menanggung kos menguruskan jenazah mangsa.

“Untuk pengurusan jenazah, kos penghantaran pulang diperlukan sebanyak RM40,000. Kalau nak simpan di Ho Chi Minh, kos RM10,000 tetapi jenazah akan disimpan bersama orang-orang yang bukan muslim. RM5,000 jenazah disimpan luar dari bandar Ho Chi Minh dan di tanah perkuburan Islam,” katanya.

Justeru, Manz meminta jasa baik orang ramai yang sudi membantu menghulurkan bantuan kepada waris mangsa di akaun BSN -711029000072091 (Mohd Noorazman bin Abdull Wahab) atau menghubungi nombor telefon 0125704032, Azman, adik mangsa, bagi maklumat lanjut.

Seorang lagi rakan mangsa, Shydee Didot, menasihatkan warga Malaysia yang ingin melancong ke Vietnam, sentiasa berhati-hati.

“Seorang backpacker dari Malaysia telah mati dibunuh di Ho Chi Minh malam semalam dan rakannya pula telah hilang. They are my friend’s! Seriously Ho Chi Minh memang tak selamat. Kes culik, scam, tipu, ugut dan kekerasan memang kerap berlaku di sana.

“Try avoid this place. If you plan for shopping, Bandung would be the best choice. Much secured,” katanya.

Pengalaman Cemas Lelaki Ini Dan Rakannya Diculik Dan Dirompak Sehari Lepas Tiba Di Vietnam

Selalunya bila travel yang dikongsikan adalah kenangan manis sepanjang pengembaraan. Jika ada yang lari dari perancangan asal pun, ianya tidaklah sehingga menjejaskan keseluruhan percutian.

Tapi lain pula yang telah terjadi kepada Saiful Bahari dan 4 lagi rakan beliau yang telah ke Vietnam pada bulan lepas.

Rancangan awal 5 pemuda ini adalah travel selama 1 minggu di Vietnam iaitu pada 22 Feb – 26 Feb 2016.

Kami sampai di Vietnam pada jam 9 pagi, 22 Feb 2016. Kami berjalan cari hotel dan check in pada jam 11 pagi di Ava Two. Lepas rehat 2 jam kami keluar cari barang dan jalan-jalan hingga ke malam.

Menurut Saiful di sinilah segala huru-hara bermula. Kerana kepenatan, mereka telah menahan teksi dan meminta dihantarkan ke hotel. Namun nasib mereka tidak baik kerana telah diculik, disamun dan diugut bunuh. Berikut kronologi yang telah berlaku:

Kronologi kes

Pada 22 Feb 2016 jam 10 malam saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandu tersebut telah menculik kami dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Di sana telah menunggu 6 orang warga Vietnam untuk menyamun dan merompak kami.

Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan 4 tingkat. Kami ditempatkan di 1 bilik. Mereka telah menyelongkar beg, wallet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit, handphone dan jam kami.

Semasa kejadian kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut untuk membunuh kami setelah diberitahu kamistudent (antara helah yang kami cuba untuk dapatkan simpati mereka meskipun kami sebenarnya dah bekerja).

Kami dimasukkan ke dalam kenderaan iaitu teksi yang menyamar untuk dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Apabila diminta untuk diturunkan,  pemandu tersebut berkeras untuk tidak menurunkan kami. Malahan kami telah dimarahi. Takdir menyebelahi apabila kenderaan hadapan telah berhenti dan kami dapat melarikan diri.

Masa dikejar tu kami berjaya sampai di hotel dan menyorok. Kami juga cari jalan untuk inform sesiapa yang dipercayai. Masa tu duit, handphone semua dah tak ada. Tapi nasib masih menyebelahi kami. Rezeki kawan saya sorang ni, handphone dia selamat jadi dari situ kami berhubung dengan keluarga di Malaysia.

Semasa di hotel keadaan kami tidak terkawal kerana terlalu takut dan trauma. Reception hotel bertanya sebab kami minta passport yang dipegang oleh pihak hotel tapi kami terlalu takut hingga tak boleh nak percayakan sesiapa lagi walaupun kami cuba bertenang.

Kami diburu hingga ke hotel sehingga jam 1 pagi pada 23 Feb 2016. Sewaktu menyorok dalam bilik kami dengar mereka naik ke loteng di atas bilik kami. Pada waktu itu lah kami senyap-senyap keluar dari bilik dan terus ke lobby. Pada asalnya nak minta hotel dapatkan teksi untuk kami tapi gerak-geri dan penampilan receptionist di hotel buat kami curiga.

Kami nekad tahan teksi di luar hotel dan dapat lepaskan diri hingga ke airport. Masa dalam teksi kami berkira, jika driver teksi angkat sebarang panggilan telefon kami akan buka pintu teksi dan terjun lari keluar selamatkan diri.

Pada masa tu, duit yang tinggal hanyalah 350 ribu Dong, milik salah seorang kawan kami. Nasib dia ada keluarkan duit dan simpan dalam beg baju di hotel. Itu je duit yang ada. Tambang teksi 200 ribu Dong.  Malah jika tambang teksi tak cukup, kami nekad nak pinjam dengan mana-mana orang Malaysia yang kami jumpa di airport saja.

Setiba di airport, kami minta kenalan kami di Malaysia belikan tiket flight balik pada hari itu juga dan kami dapat flight pada jam 9 pagi.

Pesanan saya berhati-hatilah semasa di negara orang. Jika ke sana untuk menjaga keselamatan berurusanlah dengan orang hotel atau travel agency kalau ke tempat jauh. Kalau tempat dekat-dekat jalanlah kaki walaupun penat.

GAMBAR DENGAN KAWAN-KAWAN DI AIRPORT VIETNAM PADA HARI SAYA SAMPAI. INI SAJA GAMBAR YANG ADA.

1

Mengakhiri perbualan saya sempat bertanya kepada Saiful adakah beliau serik untuk travel selepas apa yang telah terjadi? Jawab Saiful tentulah tak serik. Malahan ini merupakan satu pengalaman berharga buat beliau dan rakan-rakan. Tiada gambar yang dapat dikongsikan oleh Saiful kerana semuanya berada dalam handphone beliau yang telah dicuri.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *