Trauma Selepas Gigit Lipas, Lelaki Ini Menang Saman Hospital !!!

| April 21, 2016 | 0 Comments

Trauma Selepas Gigit Lipas, Lelaki Ini Menang Saman Hospital !!! |SHAH ALAM – Gara-gara lipas, Hospital Pakar Selangor Sdn Bhd diperintah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi membayar RM67,000 kepada bekas pesakitnya kerana gagal memastikan makanan yang disediakan bersih dan tidak tercemar.

image

Hakim, G Ramesh membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan plaintif, Wan Hailmey Mahwari terhadap syarikat itu yang menjalankan perkhidmatan perubatan atas nama Hospital Pakar KPJ Selangor (KPJ Selangor).

Dalam keputusannya yang dibacakan oleh Hakim, Nurul Izwan Ahmad Zubair, beliau berkata, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan kesnya.

“Tuntutan plaintif dibenar dengan kos,” katanya.

Justeru, hospital itu diperintah membayar RM7,000 sebagai ganti rugi am dan RM60,000 sebagai ganti rugi teladan.

“Turut dibenarkan faedah 6 peratus bermula tarikh penghakiman ini sehingga ia diselesaikan,” katanya.

Wan Hailmey dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 6 Ogos tahun lepas mendakwa dia dimasukkan ke hospital itu pada 18 Mei untuk mendapatkan rawatan cervical dis disorders.

Plaintif yang bertugas sebagai pembantu perkidmatan awam Tabung Haji Putrajaya mendakwa makanan yang dihidangkan kepadanya  mengandungi seekor lipas dan telah termakan bahagian kepala serta kaki lipas berkenaan.

Dia kemudiannya memanggil jururawat untuk menunjukkan lipas berkenaan.

Kesan daripada insiden itu, plaintif mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas serta hilang selera makan.

Insiden itu didakwa telah memberi kesan buruk kepada plaintif sehingga dia trauma untuk memakan nasi.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *