Kerana Sikap Penjual Aiskrim Ini Akhirnya Dia Mendapat Balasan Daripada ALLAH !!!

| April 20, 2016 | 0 Comments

Kerana Sikap Penjual Aiskrim Ini Akhirnya Dia Mendapat Balasan Daripada ALLAH !!! |Bukannya senang nak cari kerja sekarang ni, beribu-ribu graduan setiap tahun pastinya membuatkan persaingan untuk mendapatkan kerja semakin sengit. Sementara nak dapat kerja yang sesuai tu berniaga lah dulu, nak niaga besar-besar tak ada modal. Jadi niaga la kecil-kecilan dulu. Asalkan rezeki yang dapat tu halal.

aiskrim-header

Semangat yang ada kat abang ni betul-betul buat kami bangga. Sentiasa sabar dengan kerenah pelanggan walaupun ada yang complain kata aiskrimnya mahal, tapi berkat kesabarannya tengok apa yang abang ni dapat.

Sedih bila orang datang complaint barang kita jual mahal, siap bagitahu orang lain lagi.

Kadang sedih bila orang datang. Terus cakap “mahalnya dik. Dulu akak beli murah je” lepastu siap bagitau lagi dengan org lain kita jual mahal.

Ok. Contoh harga basuh kereta RM15 basuh luar dalam. Mahal?

Ok sekarang ni aku bagi kau RM15 untuk cuci kereta aku luar dalam. Nak? Aku bagi RM20 pun belum tentu kau nak basuhkan.

Persoalannya sekarang ni. Malas dengan rajin je. Kalau dah malas tu. Nak tak nak kau kena jugak keluarkan duit utk dapatkan apa yg kau malas tu. Contoh zaman dulu air ambik kat perigi je. Murah memang murah. Free je. Tapi sekarang ni sanggup ke kau cedok perigi and isi dalam tangki utk buat mandi? Perigi sebelah rumah belum tentu kau nak cedok.

Akak sanggup ke bancuh gula, bancuh perasa, ikat aiskrim kemudian bekukan seharian.

So berbalik kepada situasi tadi. Akak sanggup ke bancuh gula malam2. Bancuh perasa. Pakai apron. Pakai sarung tangan. Ikat aiskrim. Bekukan dalam freezer seharian. Semata2 sebab nak makan aiskrim. And semata2 sebab taknak beli yg ‘mahal’ kat luar tu. Terpulang. Kalau akak rajin. Boleh je buat. Kalau tak rajin. Nak tak nak akak kena carik jugak kat luar. Hehe

Apa pun aku doakan akak tu berjaya dapatkan eskem yang murah. Tapi walau mcm mana pun. Hati kastemer kene jaga. Aku tak maki akak tu. Aku psycho dia balik. Nak tau apa cara aku buat?

50 sen mahal? Okaylah saya bagi akak percuma satu.

Akak: Berapa sebatang aiskrim ni dik?

Aku: 50 sen je kak. Kalau akak ambik 2 RM1

Akak: Mahalnya dik. Dulu akak beli murah je

Aku: Oh mahal ke? Takpe. Akak ambik je aiskrim sebatang. Saya belanja akak free satu. Haaa dulu2 walaupun murah pernah tak akak dapat free?

Akak: Oh yeke free? Terima kasih. Ada perasa apa je?

Aku: Ada 7 perasa special kak. Ada coklat susu. Keladi susu. Jagung susu. Asam boi. Anggur jelly. Jelly susu. Bandung soda. Yang paling hot coklat susu kak.

Akak: Boleh la coklat susu. Betul ni free?

Aku: Betul kak free je. Nak makan terus ke kak? Saya ada gunting utk potongkan.

Akak: Boleh la.

Kadang bila kita mengalah dan sabar. InsyaAllah ada benda yang lagi baik kita dapat.

And akak tu pun terus makan. Kenapa aku terus potongkan utk akak tu? Supaya dia dapat terus rasa macam mana sedapnya aiskrim special ni. Nak tau apa jadi lepastu?

Tiba2 akak tu datang balik and cakap “dik bagi akak coklat susu 4”

Yeay! Sebenarnya dalam hidup ni. Bukan setiap masa kita nak kena menang. Kadang2 bila kita mengalah dan sabar. InsyaAllah ada benda yang lagi baik kita dapat. Apa pun bertolak ansur la dalam kehidupan.

Betul tu, kalau kita sabar dan ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat Allah swt pun pasti akan tolong. Yang penting rezeki tu halal. Kipidap!

Sumber : Ikhwan Jaffri

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *