Nasi Kandar Line Clear PALSU !!! Orang Ramai Diminta BERWASPADA !!!

| April 25, 2016 | 0 Comments

Nasi Kandar Line Clear PALSU !!! Orang Ramai Diminta BERWASPADA !!! |Line-Clear-restoran Hanya dua sahaja Restoran Nasi Kandar Line Clear tulen yang wujud di negara ini dan selebihnya tiada kaitan dengan pemiliknya mahupun ahli keluarga pemilik tersebut.

Menurut laporan FMT, Pengurus restoran terkemuka itu Salim Madinah menegaskan perkara itu selepas mengesan kewujudan restoran atas nama yang sama tetapi disahkan tiada kaitan dengan pengusaha sebenar restoran Line Clear.

Line-Clear-restoran

“Setakat ini pihak kami mengesan pengendali Restoran Nasi Kandar Line Clear di Ampang, Kampung Pandan, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang ternyata bukan berasal dari ahli keluarga pengendali restoran popular itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan sedemikian menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai, terutama pelanggan setia restoran nasi kandar itu yang tertipu makan di Restoran Line Clear, namun rasa masakannya tidak sama dengan Restoran Nasi Kandar Line Clear yang sebenar.

“Saya ingin menegaskan bahawa hanya dua sahaja Restoran Nasi Kandar Line Clear di seluruh negara iaitu di Jalan Penang, Pulau Pinang dan Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Selain itu semuanya tidak betul dan kami berharap penjelasan ini dapat merungkai segala kekeliruan yang timbul akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Sehubungan itu, Salim berkata, pihaknya akan mengambil langkah menjenamakan semula Line Clear sebagai LC Restaurant sebagai tanda niaga dan jaminan ketulenan nasi kandar masakan keluarganya.

Tambahnya, proses paten sudah dilakukan pada tahun lalu dan kini bersedia menyaman mana-mana pihak yang menggunakan nama LC Restaurant untuk mengelirukan pelanggan.

Restoran Nasi Kandar Line Clear memulakan operasi di Jalan Penang pada tahun 1949 dan menjadi ikon warisan makanan di Pulau Pinang.

Perniagaan nasi kandar berusia 67 tahun itu dilanda kontroversi tahun lalu apabila berhadapan masalah perebutan hak milik antara keluarga.

Kemelut perebutan bagi mengendalikan perniagaan nasi kandar popular berakhir apabila empat pewarisnya akur dengan arahan penggiliran oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang seperti ditetapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). BeautifulNara

 

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *