Kisah Sedih Isteri Hantar ‘Perjalanan Akhir’ Suami Atas Usungan Ambulans

| April 25, 2016 | 0 Comments

Kisah Sedih Isteri Hantar ‘Perjalanan Akhir’ Suami Atas Usungan Ambulans  |Setiap manusia ada rintangan dan dugaan tersendiri yang perlu dilalui. Ada kalanya kita terasa diri kita susah dan sukar, namun sebenarnya sentiasa ada orang lain yang lebih besar dugaanya dari kita. Kisah berikut ialah mengenai seorang wanita yang terpaksa menghantar suaminya dalam ‘perjalanan akhir’ dengan terbaring atas usungan ambulans.

13082125_1297052103643008_148130929_n

13090385_1297052060309679_2137963354_n

13101206_1297052120309673_1027184290_n

Suami wanita itu yang merupakan seorang guru telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Kemalangan itu juga menyebabkan kecederaan parah pada isterinya, menyebabkan wanita itu terpaksa menjalani pembedahan. Bagaimanapun, walaupun masih terbaring atas usungan, isteri itu masih menghantar jenazah suaminya ke tanah perkuburan.

Ini ialah cerita mereka, seperti yang diceritakan oleh anak saudara mangsa, Ummi Najihah:

Assalamualaikum, saya hanya ingin bercerita tentang kejadian kemalangan pada hari sabtu lepas 23/4/16 pada jam lebih kurang 5.05 petang.

Ini kisah acu & paksu sy. Mereka terlibat dlm kemalangan jalan raya di KM394.2(U) (Tapah- Tanjung Malim) atau lebih dikenali di lebuh raya Slim River.

Kejadian berlaku apabila 1 treler kontena terbabas dan telah melintang ke arah lorong laju arah Utara & Selatan. Akibat kejadian, kereta acu saya telah melanggar kontena tersebut yang berada di lorong jalan laju. Paramedik mengesahkan pemandu meninggal di tempat kejadian.

Suami kepada Acu saya, Zul Haizal Asmar Marzuki (Paksu), 34 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya Rafidah Othman (Acu) cedera parah pada bahagian kaki dari peha sehingga tulang keting. Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun under di bawah Unit Rawatan Rapi (IRR)

(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Di dalam kereta bersama sekali ibu kepada arwah dan 3 orang anak anak nya.

Ibu arwah mengalami kecederaan pada pinggang, dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang pertama Nur Zahra Iffah, 6 tahun mengalami keretakan tengkorak di mana terdapat 3 tulang yang retak, di sebelah mata, dan tulang pada belah kanan pipi. Memerlukan dana untuk pembedahan. Dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh di bawah Unit Rawatan Rapi.

(dipindahkan dari Hospital Slim River)

13078176_1297051920309693_669908186_o

13106559_1297051893643029_1084742192_o

Anak arwah yang kedua, Nur Zafeerah Husna, 3 tahun mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kepala akibat hentakan. Dirawat di Hospital Permasuri Bainun Ipoh.

(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang ketiga, Muhd Zumar Harith, 1 tahun 3 bulan yang berada pada riba ibu nya (Rafidah) tidak mengalami sebarang kecederaan. Dijaga oleh waris yg terdekat buat sementara waktu.

Di sini saya sebagai saudara kepada mangsa ingin berkongsi kesayuan bila mengenang kan nasib seorang isteri yang sudah lama tiada ibu dan ayah, dan sekarang kehilangan suami yg tercinta, mengenang nasib anak-anaknya yang masih kecil dan dirawat.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *